Sabtu, 15 Disember 2012

Meraikan rakan karib ke I-City

Pada 11 Disember 2012, yang lalu saya terima pesanan ringkas (SMS) "Kami kat Shah Alam ni". Tertera nama di skrin telefon bimbit saya nama Zalizan Nyan. Inilah sahabat saya semenjak dari darjah satu sehinggalah berkahwin dan beranak pinak. So bila dapat tahu mereka berada di seksyen 28, saya pun mula membuat perancangan untuk membawa keluarga Pak Zan berkunjung ke I-City, Shah Alam.

Pertama kali sampai, buat bukti bergambar dulu.
Pada mulanya Pak Zan cakap muat ker kereta saya sebab mereka semua berlima. Tak apalah Pak Zan, berhimpitlah sikit, nak buat macam mana. Kereta saya kecil saja. Di bawa bersama kamera Canon kesayangan bagi merakam gambar kenangan Pak Zan sekeluarga.

Wah sibuknya Along memilih cenderahati buat anak-anaknya.
Wajah ceria anak-anak Pak Zan dan sepupu mereka...awas kaki Ziraffah kat belakang.

Puteri-puteri Pak Zan ni memang suka bergaya di hadapan Kamera, so apa lagi, saya pun snape ajer lah gambar dia orang. Mungkin bila dia orang lihat gambar mereka ini boleh di jadikan kengan yang abadi bersama Uncle Coy.
Wah anak hari mau pula menjadi tunggangan puteri-puteri pak zan..
Sekarang anak gajah pula menjadi bahan tunggangan....hati-hati gajah kat belakang tu dah mengamok tu..
Bakal Puteri tersohor...
Gambar kenangan sekeluarga di I-City
Bergambar di hadapan pintu masuk Water World i-City, maaf yer waktu malam x der orang mandi.


Selamat tinggal Uncle Coy...
Jangan lupa datang lagi ke Shah Alam yer, saya boleh bawa jalan-jalan ke tempat menarik dan bergambar percuma. Tahun depan uncle bawakan ke Taman Tema Time Square lak...leh kumpulkan duit belanja sekolah dari sekarang.

Buat Pak Zan, jika saya ada salah dan silap sepanjang pertemuan kita, moga di maafkan. Pak Zan adalah sahabatku dunia dan akhirat. Amin.

Syahrillizam Zakariya,
012-6574273

Tiada ulasan:

Catat Ulasan