Isnin, 2 Oktober 2017

Mengundang Rezeki

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

+ Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.


+ Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

+ Ada yang mengundang rezeki, tiap malam Jumaat dia membahagi makanan kepada orang-orang yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan. 

+ Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

+ Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

+ Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

+ Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.


+ Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

+ Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

+ Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pokok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.


*REZEKI MELALUI USAHA TAQWA, SELAMAT DAN RAHMAT.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah redhoi)

Isnin, 21 Ogos 2017

Rahsia Doa Makan

*RAHSIA ALLAHUMMA BARIKLANA (DOA MAKAN)*

Dalam perjalanan mencari ilmu, Tuan Guru Habib Lutfi bin Yahya bertemu Kiyai Tua. Habib yang masih muda waktu itu kehairanan menyaksikan akhlak Kiyai. Waktu ada butiran nasi yang terjatuh lalu dipungut dan dikembalikan ke pinggan untuk dimakan kembali.

“Kenapa harus dikutip? Kan hanya nasi sebutir,” tanya Habib muda menduga.

“Jangan sekadar lihat ianya sebutir nasi. Adakah kamu boleh mencipta sebutir ni seorang diri sehingga jadi nasi?”

Habib muda terdiam. Kiyai Tua melanjutkan bicara.

“Ketahuilah. Waktu kita makan nasi, Allah dah menyatukan peranan ramai manusia. Nasi Bin Beras Bin Padi. Mula dari mencangkul, menggaru, buat bendang, menanam benih, memupuk, menjaga huma sampai membanting padi ada jasa banyak orang.

Kemudian dari tanaman padi jadi beras dan jadi nasi. Terlalu ramai hamba Allah terlibat sampai jadi nasi.”

“Jadi kalau ada sebutir nasi sekalipun jatuh, ambillah. Jangan sebab masih banyak dalam pinggan, kita biarkan yang sebutir. Itu salah satu bentuk takabur, dan Allah tak suka manusia yang takabur. Kalau tak kotor dan tak bawa mudarat pada kesihatan kita, ambil dan satukan dengan nasi lainnya, sebagai tanda syukur kita”.

Habib muda mengangguk.

“Sebab itulah sebelum makan, kita diajarkan doa: Allahumma bariklana (Ya Allah berkatilah kami). Bukan Allahumma barikli (Ya Allah berkatilah aku), walaupun waktu tu kita makan sendirian.

“Lana” itu maknanya untuk semuanya:
Mulai petani, pedagang, pengangkut, pemasak sampai penyaji semuanya termaktub dalam doa tu. Jadi doa tu merupakan ucapan syukur kita serta mendoakan semua orang yang ada peranan dalam kehadiran nasi yang kita makan.”

“Dan kenapa dalam doa makan ada ayat: Waqina ‘adzaban nar (Jagalah kami dari azab neraka). Apa hubungan, makan dengan neraka pula?”

“Saya tak tahu,” jawab Habib muda.

“Begini. Kita makan ini hanya wasilah. Yang bagi kita 'rasa kenyang' adalah Allah. Kalau kita makan dan anggap yang bagi kenyang adalah makanan yang kita makan, maka takut itu akan menjatuhkan kita dalam kemusyrikan. Syirik! Dosa terbesar!”

“Astaghfirullahal‘adhim...” Habib muda, tak menyangka langsung makna doa makan sedalam itu.

• Catatan oleh Tuan Guru Maulana Habib Lutfi Bin Yahya, Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia

Isnin, 17 Julai 2017

Jangan Akhiri Apa Yang Telah Dimulakan

Banyak kali rasanya dalam kehidupan ini kita berhadapan dengan situasi yang di mana kita berada dalam dua persimpangan. Adakalanya kita terasa sudah sangat tidak mampu untuk berhadapan dengan situasi tersebut atau kita sudah tiada daya untuk menghabiskan apa yang telah kita mulakan. Saya sangat pasti, kita semua pernah berada dalam situasi yang sedemikian. Sama ada mahu meneruskan langkah yang telah dimulakan. Atau mengakhirinya sebelum tamat. Dan biasanya mengakhiri sesuatu sebelum tamat itu meninggalkan luka yang dalam.
Kadang-kadang kita meragui kemampuan diri sendiri. Kita mengatakan bahawa kita takkan mampu lagi untuk sesuatu itu. Kita rasa diri kitalah yang paling lemah. Diri kitalah yang sangat tiada masa depan. Tapi ada waktu-waktu yang kita sangat yakin pada diri sendiri. Kita sangat yakin sehingga kita mengatakan bahawa dengan bantuan Allah SWT, kita pasti berjaya dengan apa sahaja yang kita sedang hadapi atau yang kita sedang lakukan. Namun sejauh mana keyakinan kita itu dalam menempuh hidup?
Pada saya, semua perasaan itu normal atau biasa. Kita semua pernah mengalaminya. Kita semua pernah melalui perasaan mahu berputus asa, takut dan tidak berdaya. Tapi apa yang membezakan kita semua? Mahu tahu? Yang membezakan setiap dari kita adalah, dia yang sejengkal sahaja lagi mahu berhenti, namun tetap meneruskan langkahnya walau beribu kali dia pernah rasa mahu berputus asa dalam hidup.


Rabu, 23 Mac 2016

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk di amalkan.

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW
---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.

---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------

26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
Harta hanya didunia dan ditinggalkan.

37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------
Semoga berguna kepada semua pembaca sekalian. InsyaAllah. Amin..

Selasa, 29 Disember 2015

Hadiahkan Al Fatihah

Assalamualaikum... jom amalkan& kongsi
HADIAHKAN AL FATIHAH


Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selepas solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan .-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

Selasa, 24 November 2015

Tip Mengelak Gemuk

Di usia yang muda ini, selera makan serta makan dengan banyak adalah normal. Maka, apabila terlebih makan, akibatnya berat badan akan bertambah malah mudah betul naik serta masalah kegemukan akan timbul.

Beberapa tip yang boleh diamalkan bagi tujuan elak terlebih makan:-

1) Berkongsi makanan
Berkongsi makanan dengan rakan-rakan atau dengan ahli keluarga. Malah makanan akan terasa nikmatnya apabila ia dapat dikongsikan bersama. Teringat waktu bulan Ramadhan masa kecil-kecil dahulu. Makan moreh dalam talam berkongsi makan dengan empat orang yang lain. Makanan terasa sungguh enak dan sedap. Berkongsi makan ini adalah satu bonus bagi yang ingin mengelakkan makan berlebihan.

2) Guna piring bersaiz kecil
Piring yang besar menjadikan kita tamak dan berusaha untuk memenuhkan piring tersebut. Akibatnya semasa makan kita akan berusaha untuk menghabiskan makanan tersebut sekaligus membuatkan kita makan dengan banyak. Jadi memilih piring yang kecil membuatkan kuantiti makanannya sedikit meskipun dilihat seperti sudah banyak.

3) Gelas
Jangan tergoda minuman dalam gelas yang besar kecuali minum air putih

3) Elakkan minuman manis
Sebaiknya minum air masak (air putih), air mineral, teh atau jus segar tanpa gula ketika makan. Ini kerana jika kita minum minuman yang manis, kalori dalam bentuk minuman lebih sukar dikawal berbanding kalori dalam makanan. Kalori dalam bentuk minuman amat mudah diserap oleh tubuh.

4)

Isnin, 22 Jun 2015

Hukum Bersetubuh Dengan Isteri Di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, bulan Ramadhan menjelma lagi. Syukur kerana saya dan pembaca blog saya masih mampu bernafas dan masih mampu menunaikan ibadah Puasa Wajib di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Firman Allah SWT, dalam surah Al-Baqarah, ayat 187:




Dari Abu Hurairah r.a, bahawa seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan berkata:
"Celakalah saya wahai Rasulullah "

Rasulullah bertanya: "Apakah yang mencelakakan kamu?"

Dia menjawab: "Saya telah melakukan bersetubuh dengan isteri saya pada siang hari di bulan Ramadhan."

Lalu Rasulullah bertanya: "bolehkah kamu mencari seorang hamba untuk dibebaskan?"

Lelaki itu menjawab: "Tidak!"

Rasulullah bertanya lagi: "Bolehkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?"

Lelaki itu menjawab: "Tidak! "

Rasulullah bertanya lagi: " Bolehkah kamu memberi makan kepada enam puluh (60) orang miskin?"

Lelaki itu tetap menjawab: "Tidak! "

Kemudian lelaki itu duduk dan di bawa kepada Nabi Shallahu'alaihi wasallam sebakul buah tamar.

Rasulullah berkata: "Sedekahkanlah buah tamar ini"

Lelaki itu menjawab: "Adakah yang lebih miskin dari kami? Tidak ada yang lebih miskin di antara dua lembah Madinah ini melainkan keluarga saya"

Mendengar yang demikian Nabi Shallahu'alaihi wasallam ketawa sehingga nampak gigi Baginda.

Lalu Baginda bersabda:
"Pergilah dan berilah makan keluarga kamu (dengan tamar ini)." Hadis Sahih, di diwayatkan Burkhari dan Muslim.

Bilakah suami isteri boleh bersetubuh. Sudah tentunyalah perkara tersebut di lakukan di luar waktu berpuasa iaitu di malam hari. Persoalan yang timbul adalah, waktu manakah yang sesuai untuk mandi junub? Apakah puasa terbatal jika tidak mandi junub setelah azan subuh atau setelah tamat waktu imsak?