Jumaat, 24 Oktober 2014

SENAMAN HILANGKAN LEMAK PERUT

DUDUK DAN TAHAN

Keberkesanan senaman ini adalah untuk memberi tekanan pada bahagian otot perut dan yang paling utama adalah membantu membakar lemak pada bahagian perut. Sedikit kesukaran kepada seseorang yang mempunyai perut yang amat buncit kerana perut akan mengganggu tangan anda. Walaubagaimanapun anda seharusnya memaksa untuk mencapai kedudukan seperti yang saya tunjukkan ini.

Duduk tegap di atas lantai serta kedua-dua belah lutut di bengkokkan manakata kedua-dua belah tangan diletakkan di bahagian bawah pelipat. Dengan mengekalkan kedudukan lurus, perlahan-lahan angkat bahagian kaki selari dengan permukaan lantai. Bertahan pada posisi tersebut mengikut kemampuan. Jika anda membuatnya dengan betul, otot perut anda akan bergerak-gerak atau dengan erti kata lain bergegar. Disitulah terjadinya pembakaran lemak pada otot/lemak perut. Awas, jika terasa sakit pinggang, sila berhenti melakukan senaman ini dan boleh sambung semula sekiranya sakit pinggang anda sudah tiada.

SENAMAN WIPER KERETA

Senaman ini saya perolehi semasa berkursus di Pusat Latihan Polis Air Hitam(PULAPAH). Senaman ini dinamakan "wiper kereta" kerana pergerakan kaki adalah bergerak seperti penggilap cermin kereta yang bergerak ke kiri dan ke kanan.

Cara melakukan senaman ini adalah dalam kedudukan berbaring sambil kefua belah tangan di depakan. Kedua belah kaki dirapatkan dan di angkat selari dengan tubuh anda pada kedudukan 90 darjah.

Kempiskan dan ketatkan bahagian perut dan gerakkan kaki anda ke arah kanan dengan kiraan lapan detik.

Kemudian angkat kaki anda perlahan-lahan ke atas semula dan seterusnya gerakkan ke arah kiri dengan kiraan lapan detik.

 Buat pergerakan ini sebanyak 5 kali dan anda dapat rasakan sedikit ketegangan pada bahagian perut anda.

Khamis, 7 Ogos 2014

MODUL LATIHAN KAWAT TANGAN

MODUL LATIHAN KAWAT TANGAN STATIK TANPA SENJATA

1.        SEDIA
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
 
“ skuad, skuad….sdia “
 
“ Skuad sedia dengan nombor, skuad….up ”
skuad…satu
Ø  Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet,
Ø  Kedudukan tangan di belakang punggung dan sebut “ up “ ,
Ø  Hentakkan kaki kiri dan jatuhkan tapak kaki sehingga terdapat satu bunyi sahaja serentak dengan kiraan “ satu “ .
Ø  Tumit rapat hujung kasut terbuka 30 darjah,
Ø  Lutut lurus, badan tegak,
Ø  Bahu tarik ke belakang,
Ø  Siku rapat ke badan, tangan lurus, jari jemari genggam dan rapat ke paha,
Ø  Ibu jari lurus menghala ke hadapan dan rapat di belakang penjahit seluar,
Ø  Angkat kepala dan pandang terus ke hadapan.
 
Ø  Menjatuhkan kaki kiri dengan menggunakan hujung kaki menyebabkan tiada bunyi hentakkan kedengaran,
Ø  Lutut kanan bengkok, tumit tidak rapat,
Ø  Badan senget ke kiri atau kanan,
Ø  Bahu tidak tarik ke belakang,
Ø  Tangan tidak rapat ke badan,
Ø  Kepala tunduk ke bawah.
 
2.        SENANG DIRI
 
“ Senang….dri “

“ Senang diri dengan nombor, skuad….up “,
skuad…..satu.
Ø  Dengan pantas angkat kaki kiri, pergelangan kaki separas angklet, tangan rapat di belakang penjahit seluar dengan sebutan “ up “,
Ø  Bawa keberatan badan ke sebelah kaki kiri dan hentak kaki kiri,
Ø  Jatuhkan tapak kaki kiri supaya terdapat satu bunyi,
Ø  Jarak dari tumit ke tumit ialah 12 inci,
Ø  Bawa kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di hadapan tapak tangan kaki kiri,
Ø  Ibu jari bersilang dengan kiraan “ satu “.
Ø  Empat-empat jari tangan bersusun lurus menuju ke bumi,
Ø  Siku lurus, keberatan badan di atas kedua belah kaki,
Ø  Semasa mengangkat kaki kiri, kaki kanan mestilah tegap dan tidak bergerak,
Ø  Pandangan sentiasa ke hadapan.
Ø  Badan membongkok semasa mengangkat kaki kiri,
Ø  Lutut bengkok,
Ø  Jarak tumit ke tumit tidak cukup 12 inci,
Ø  Hentak kaki menggunakan hujung kasut – menyebabkan bunyi tidak kuat.

3.        REHATKAN DIRI
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
 
“ Rehatkan…..dri “
 
-
 
a)       Lemahkan semua anggota badan dan kepala,
b)       Tangan dinaikkan ke atas punggong serentak dengan kiraan “ satu “.
c)        Kedudukan senang diri dan relaks,
d)       Siku dibengkokkan sedikt,
e)        Kedudukan jari dan tapak tangan tidak berubah.
 
* Apabila dapat perintah “ Skuad “ serta merta balik ke kedudukan senang diri.
Ø  Mengaru-garu dan membuang peluh tanpa kebenaran jurulatih,
Ø  Mengeliat dan bercakap-cakap.
 
4.        MEMBENTUK SKUAD – JADIKAN TIGA BARISAN
 
‘’ Tiga barisan di hadapan saya…….gerak ‘’

-
Ø  Semua anggota pantas berlari anggaran 6 langkah di hadapan jurulatih.
Ø  Semua anggota berlari mengambil tempat jadikan tiga barisan, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang,
Ø  Jarak di antara barisan ialah 30 inci ( satu langkah ),
Ø  Jarak di antara deretan ialah sepanjang depaan sebelah tangan bergenggam dalam kedudukan sedia,
Ø  Kemudian senang diri.
Ø  Tidak berlari,
Ø  Jarak kedudukan barisan hadapan terlalu rapat atau jauh dengan jurulatih,
Ø  Waktu sampai tidak membuat pergerakan dengan betul,
Ø  Bercakap-cakap dan bergerak.
 
5.        LANGKAH KE HADAPAN
 
“( ? ) Langkah ke hadapan……grak “
 
“( ? ) Langkah ke hadapan dengan nombor, skuad….satu”, skuad…..seterusnya ( bilangan ) “
Ø  Dengan pantas ambil satu langkah kaki kiri jarak 30 inci ke hadapan dengan  kiraan ‘’ satu ‘’,
Ø  Angkat kaki kanan separas angklet,
Ø  Hentak rapat ke tumit kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan ‘’ dua ‘’.
 
Ø  Langkah pertama dengan kaki kiri ke hadapan, lurus dan pacak tumit,
Ø  Kedua tangan rapat ke badan,
Ø  Pandang 200 meter ke hadapan,
Ø  Langkah kedua dengan kaki kanan,
Ø  Pastikan lutut kiri tidak bengkok atau berenjut,
Ø  Jika lebih satu langkah, bawa kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci berganti-ganti seperti berjalan biasa dan berhenti apabila cukup bilangan yang diarahkan.
Ø  Langkah tergopoh-gapah dan tidak sama panjang,
Ø  Lutut dan pinggan bengkok samasa melangkah ke hadapan,
Ø  Melompat dan tangan bergerak..
 
Perhatian:-
Langkah ke hadapan hanya setakat empat langkah sahaja dengan kiraan “ lima “. Selebih dari itu beri perintah “cepat  jalan  “ dan “berhenti “
 
6.        LANGKAH KE BELAKANG
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
“ ( ? )  langkah ke belakang…..grak “
“ ( ? )  langkah ke belakang dengan nombor, skuad….satu’’, “skuad…seterusnya ( bilangan ) “S
Ø  Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet,
Ø  Tolak ke belakang 30 inci dengan kiraan “ SATU “
Ø  Angkat kaki kanan separas angklet,
Ø  Hentak rapat ke tumit kaki kiri kembali ke kedudukan sedia dengan kiraan “ DUA “.
Ø  Semasa mengundurkan kaki kiri ke belakang, kaki kanan hendaklah lurus dan jatuhkan hujung kaki kiri,
Ø  Tangan lurus dan rapat ke badan,
Ø  Pandang 200 m ke hadapan,
Ø  Jika lebih dari satu langkah, bawa kaki kanan ke belakang sejauh 30 inci berganti-ganti dan berhenti apabila cukup bilangan langkah.
 
Ø  Melangkah dengan tergopoh-gapah dan tidak sama panjang,
Ø  Lutut bengkok masa melangkah ke belakang  dan melompat dengan kedua-dua kaki,
Ø  Pinggang bengkok dan tangan bergerak.
 
Perhatian:-
Langkah ke belakang hanya setakat empat langkah sahaja dengan kiraan “ lima “. Selebih dari itu beri perintah “cepat  jalan  “ dan “berhenti
 
7.        LANGKAH KE KANAN
 
“ ( ? ) langkah ke kanan….grak “

“ ( ? ) langkah ke kanan dengan nombor, skuad…..satu”, “ skuad….seterusnya “ ( bilangan )
Ø  Dengan pantas angkat kaki kanan separas angklet,
Ø  Bawa keberatan badan ke sebelah kanan sejauh 12 inci,
Ø  Letakkan hujung kasut kanan ke bumi dengan kiraan “ SATU “,
Ø  Angkat kaki kiri separas angklet,
Ø  Hentak rapat ke tumit kaki kanan kembali ke kedudukan sedia dengan kiraan “ DUA “.
 
Ø  Semasa mengangkat kaki kanan, kaki kiri mestilah lurus,
Ø  Tangan lurus dan rapat ke penjahit seluar,
Ø  Pandangan 200m ke hadapan,
Ø  Apabila mengangkat kaki kiri, kaki kanan mestilah lurus,
Ø  Jika lebih dari satu langkah,  dengan pantas angkat kaki kanan separas angklet dan bawa keberatan badan ke sebelah kanan sejauh 12 inci, berganti-ganti dan berhenti apabila cukup bilangan langkah.
 
Ø  Lutut kanan bengkok semasa mengangkat kaki kiri (  begitu sebaliknya ),
Ø  Hentak yang terakhir, tumit tidak rrapat balik kedudukan sedia,
Ø  Langkah pertama menggunakan tapak kaki.
Perhatian:-
Ø  Jumlah langkah menggunakan bilangan boleh diberi hingga empat langkah sahaja,
Ø  Lebih empat langkah hingga lapan langkah, beri kata perintah “ Langkah ke kanan…..grak “ sehingga dapat perintah  “ Skuad…..ti “,
Ø  Setiap kali melangkah jatuhkan hujung kasut kanan dan kiri dan penamat menggunakan tapak kasut,
Ø  Cara bilangan berterusan satu hingga akhir seperti contoh empat langkah. Bilangan satu hingga lapan.
 
8.    LANGKAH KE KIRI
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
“ ( ? ) langkah ke kiri….grak “
“ ( ? ) langkah ke kiri dengan nombor, skuad…..satu”, “ skuad….seterusnya “ ( bilangan )
Ø  Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet,
Ø  Bawa keberatan badan ke sebelah kiri sejauh 12 inci,
Ø  Letakkan hujung kasut kiri ke bumi dengan kiraan “ SATU “,
Ø  Angkat kaki kanan separas angklet,
Ø  Hentak rapat ke tumit kaki kiri kembali ke kedudukan sedia dengan kiraan “ DUA “.
 
Ø  Semasa mengangkat kaki kiri, kaki kanan mestilah lurus,
Ø  Tangan lurus dan rapat ke penjahit seluar,
Ø  Pandangan 200m ke hadapan,
Ø  Apabila mengangkat kaki kanan, kaki kiri  mestilah lurus,
Ø  Jika lebih dari satu langkah,  dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dan bawa keberatan badan ke sebelah kiri sejauh 12 inci, berganti-ganti dan berhenti apabila cukup bilangan langkah.
 
Ø  Lutut kanan bengkok semasa mengangkat kaki kiri (  begitu sebaliknya ),
Ø  Hentak yang terakhir, tumit tidak rapat balik kedudukan sedia,
Ø  Langkah pertama menggunakan tapak kaki.
 
Perhatian:-
 
Ø  Jumlah langkah menggunakan bilangan boleh diberi hingga empat langkah sahaja,
 
Ø  Lebih empat langkah hingga lapan langkah, beri kata perintah “ Langkah ke kanan…..grak “ sehingga dapat perintah  “ Skuad…..ti “,
 
Ø  Setiap kali melangkah jatuhkan hujungkasut kanan dan kiri dan penamat menggunakan tapak kasut,
 
Ø  Cara bilangan berterusan satu hingga akhir seperti contoh empat langkah. Bilangan satu hingga lapan.
 
9.    KE KANAN LURUS
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
‘’ Ke kanan...lurus ‘’
‘’ Ke kanan lurus dengan nombor, skuad….satu ‘’. Skuad….dua dan seterusnya.
Ø  Orang nombor satu barisan depan ( Penanda kanan ) diam,
Ø  Anggota lain dengan pantas sorongkan kaki kiri 15 inci ke hadapan dan letakkan tapak kaki
ke bumi dengan kiraan “ SATU “
 
*Sekiranya latihan dengan nombor, semua anggota membuat pergerakan termasuk penanda kanan .
 
Ø  Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak di sebelah kaki kiri,
Ø  Serentak dengan itu, palingkan muka ke arah kanan kecuali orang nombor satu setiap barisan,
Ø  Anggota barisan belakang angkat tangan kanan separas bahu melalui belakang orang di kanannya ( kecuali penanda  kanan )  dengan kiraan “ DUA “,
 
*Sekiranya latihan dengan nombor, semua anggota akan membuat pergerakan angkat tangan separas bahu.
 
Ø  Selepas itu angkat kaki kiri separas angklet dan hentakkan di sebelah kaki kanan dan terus hentak kaki kanan dan kiri berturut-turut mengambil lurus sehingga mendapat kedudukan lurus dengan kiraan “ TIGA “
Ø  Setelah mendapat kedudukan lurus, semua anggota diam dan tunggu arahan seterusnya “ PANDANG DEPAN “
Ø  Semasa pergerakan pertama  menyorong kaki kiri , lutut kiri hendaklah lurus dan keberatan badan di atas kaki kanan yang juga dalam keadaan lurus,
Ø  Kedua-dua tangan rapat di badan,
Ø  Semasa pergerakan kedua angkat tangan kanan, jari dalam keadaan genggam, belakang tangan menghala ke atas dan buku lima di hujung bahu orang di sebelah kanan,
Ø  Semasa hentak kaki berturut-turut mengambil lurus, setiap anggota hendaklah dapat melihat hujung dagu orang yang selang daripadanya,
Ø  Anggota nombor satu barisan tengah hendaklah mengambil jarak 30 inci  dari barisan di hadapannya,
Ø  Setiap anggota di barisan hadapan dan belakang hendaklah berdiri bersetentangan dengan orang di hadapan dengan cara menjelingkan mata ke hadapan.
 
Ø  Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa,
Ø  Kaki dan bahu tidak sama rata ke hadapan dan badan condong ke depan semasa mengambil lurus,
Ø  Pinggang lemah semasa kaki bergerak,
Ø  Jarak  dan bersetentangan tidak betul,
Ø  Badan dan kepala tidak tegak semasa mengambil lurus.

10.    KE KIRI LURUS
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
‘’ Ke kiri...lurus ‘’
‘’ Ke kiri lurus dengan nombor, skuad….satu ‘’. Skuad….dua dan seterusnya.
Ø  Orang nombor satu barisan belakang ( Penanda kiri ) diam,
Ø  Anggota lain dengan pantas sorongkan kaki kiri 15 inci ke hadapan dan letakkan tapak kaki ke bumi dengan kiraan “ SATU “
 
*Sekiranya latihan dengan nombor, semua anggota membuat pergerakan termasuk penanda kiri.
 
Ø  Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak di sebelah kaki kiri,
Ø  Serentak dengan itu, palingkan muka ke arah kanan kecuali orang nombor satu setiap barisan,
Ø  Anggota barisan belakang angkat tangan kanan separas bahu melalui belakang orang di kanannya ( kecuali penanda  kanan )  dengan kiraan “ DUA “,
 
*Sekiranya latihan dengan nombor, semua anggota akan membuat pergerakan angkat tangan separas bahu.
 
Ø  Selepas itu angkat kaki kiri separas angklet dan hentakkan di sebelah kaki kanan dan terus hentak kaki kanan dan kiri berturut-turut mengambil lurus sehingga mendapat kedudukan lurus dengan kiraan “ TIGA “
Ø  Setelah mendapat kedudukan lurus, semua anggota diam dan tunggu arahan seterusnya “ PANDANG DEPAN “
Ø  Semasa pergerakan pertama  menyorong kaki kiri , lutut kiri hendaklah lurus dan keberatan badan di atas kaki kanan yang juga dalam keadaan lurus,
Ø  Kedua-dua tangan rapat di badan,
Ø  Semasa pergerakan kedua angkat tangan kanan, jari dalam keadaan genggam, belakang tangan menghala ke atas dan buku lima di hujung bahu orang di sebelah kanan,
Ø  Semasa hentak kaki berturut-turut mengambil lurus, setiap anggota hendaklah dapat melihat hujung dagu orang yang selang daripadanya,
Ø  Anggota nombor satu barisan tengah hendaklah mengambil jarak 30 inci  dari barisan di hadapannya,
Ø  Setiap anggota di barisan hadapan dan belakang hendaklah berdiri bersetentangan dengan orang di hadapan dengan cara menjelingkan mata ke hadapan.
 
Ø  Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa,
Ø  Kaki dan bahu tidak sama rata ke hadapan dan badan condong ke depan semasa mengambil lurus,
Ø  Pinggang lemah semasa kaki bergerak,
Ø  Jarak  dan bersetentangan tidak betul,
Ø  Badan dan kepala tidak tegak semasa mengambil lurus
Ø  Kepala memandang ke kanan seperti ke kanan lurus.

10.    PANDANG DEPAN
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
“ Pandang….depan”
 
Ø  Dengan pantas dan serentak palingkan muka memandang ke hadapan,
Ø  Turunkan tangan kanan ke sebelah rusuk balik ke kedudukan sedia.
Ø  Semasa menurunakan tangan kanan, siku mestilah lurus.
Ø  Turun tangan lambat dan siku bengkok.
 
   11.  LURUSKAN BARISAN
 
“ Luruskan ….barisan 

“ Luruskan barisan dengan nombor skuad…up “ dan skuad….satu “
Ø  Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dengan sebutan
       “ UP “,
Ø  Sekiranya membuat pergerakan terus, penanda kanan hendaklah diam dan tidak perlu membuat pergerakan,
Ø  Kemudian hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan pada masa yang sama palingkan kepala ke kanan serentak angkat tangan kanan paras bahu melalui sebelah belakang orang di kanannya dengan kiraan “ SATU “
 
Ø  Kedudukan kaki, tangan dan jarak adalah sama seperti  “ ke kanan lurus “,
Ø  Apabila mendapat lurus, anggota nombor dua di barisan hadapan dengan pantas turunkan tangan kanan  dan kepala berpaling ke hadapan serta anggota barisan tengah dan belakang dan diikuti setiap deretan sehingga deretan yang penghabisan secara bergilir-gilir.
Ø  Rujuk kesalahan dalam pergerakan “ Ke kanan / Ke kiri lurus “

12.    NOMBOR
 
  Skuad…..Nombor atau Da….ri Kanan, Nombor “
 
-
Ø  Anggota barisan  hadapan sahaja menyebut bilangan nombor ( membilang ) dari kanan ke kiri.
Ø  Anggota di sebelah kanan sekali menyebut nombor “ satu “ yang lain, mengikut dengan “ dua “ dan seterusnya,
Ø  Semasa membilang semua anggota memandang ke hadapan dan kepala tegak.
 
Ø  Tidak membilang dengan cepat,
Ø  Bilang nombor dengan suara perlahan,
 
   13.  BUKA   BARISAN
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

“ Buka barisan….grak “

‘’ Buka barisan dengan nombor, skuad…satu “  dan seterusnya

BARISAN HADAPAN

Ø  Dengan pantas ambil satu langkah ke hadapan dengan kaki kiri sejauh 30 inci dengan kiraan “SATU”,
Ø  Ambil satu langkah lagi dengan kaki kanan sejauh 15 inci dengan kiraan ‘’ DUA ‘’,
Ø  Angkat kaki separas angklet dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan ‘’ TIGA ‘’
 
BARISAN TENGAH

Ø  Anggota barisan tidak membuat sebarang pergerakkan.
 
BARISAN BELAKANG

Ø  Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dan tolak 30 inci ke belakang dengan kiraan ‘’SATU’’
Ø  Angkat kaki kanan separas angklet dan tolak 15 inci ke belakang dengan kiraan ‘’ DUA ‘’,
Ø  Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan ‘’ TIGA ‘’.
 
Ø  Pergerakan ini dilakukan oleh anggota barisan hadapan dan belakang sahaja,
Ø  Kedua-dua tangan hendaklah rapat ke badan dan kepala memandang terus ke hadapan .
Ø  Tangan tidak rapat semasa membuat pergerakan,
Ø  Badan membongkok semasa bergerak ke hadapan dan belakang,
Ø  Anggota tidak tahu arah masing-masing semasa mendapat arahan.
 
NOTA

Ø  Selepas pergerakan ini, kata perintah “ Ke kanan lurus ” atau “ luruskan barisan ” akan diberi untuk mendapatkan  kelurusan barisan dalan skuad,
Ø  Di dalam pergerakan dengan nombor, seseorang jurulatih boleh menggunakan beberapa teknik seperti ;
 
“ Selaku Barisan Hadapan atau Belakang, Buka Barisan….Gerak ”

   14.  TUTUP   BARISAN
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

“ Tutup

barisan….grak “

‘’ Tutup barisan dengan nombor, skuad…satu “  dan seterusnya

BARISAN HADAPAN

Ø  Dengan pantas angkat kaki kiri dan tolak 30 inci ke belakang dengan kiraan “SATU”,
Ø  Kemudian angkat kaki kanan separas angklet dan tolak  15 inci ke belakang dengan kiraan ‘’DUA‘’,
Ø  Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan ‘’ TIGA ‘’
 
BARISAN TENGAH

Ø  Anggota barisan tidak membuat sebarang pergerakkan.
 
BARISAN BELAKANG

Ø  Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dan tolak 30 inci ke hadapan dengan kiraan ‘’SATU’’
Ø  Angkat kaki kanan separas angklet dan tolak 15 inci ke hadapan dengan kiraan ‘’ DUA ‘’,
Ø  Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan ‘’ TIGA ‘’.
Ø  Pergerakan ini dilakukan oleh anggota barisan hadapan dan belakang sahaja,
Ø  Kedua-dua tangan hendaklah rapat ke badan dan kepala memandang terus ke hadapan .
Ø  Tangan tidak rapat semasa membuat pergerakan,
Ø  Badan membongkok semasa bergerak ke hadapan dan belakang,
Ø  Anggota tidak tahu arah masing-masing semasa mendapat arahan.
 
NOTA

Ø  Selepas pergerakan ini, kata perintah “ Ke kanan lurus ” atau “ luruskan barisan ” akan diberi untuk mendapatkan  kelurusan barisan dalan skuad,
Ø  Di dalam pergerakan dengan nombor, seseorang jurulatih boleh menggunakan beberapa teknik seperti ;
 
“ Selaku Barisan Hadapan atau Belakang, Buka Barisan….Gerak ”

                                                                                                                    15.   BERPUSING KE KANAN
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
‘’ Bergerak ke kanan, kanan….sing”
‘’ Berpusing dengan nombor, ke kanan pusing…satu “ dan seterusnya
Ø  Dengan pantas pusing ke kanan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri,
Ø  Pusing ke kanan 90 darjah dengan kiraan ‘’ SATU ‘’,
Ø  Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan ‘’ DUA “
Ø  Setelah berpusing ke kanan, berdiri di atas kaki kanan dan hujung kaki kanan menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat sedikit,
Ø  Lutut lurus, badan tegak dan tangan rapat di penjahit seluar,
Ø  Semasa pergerakan kedua, mengangkat kaki kiri, lutut kanan hendaklah lurus.
 
Ø  Badan melonjak, tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing,
Ø  Badan dan bahu tidak menghala tepat ( 90 darjah ),
Ø  Keberatan badan di atas kaki belakang,
Ø  Membongkok badan semasa mengangkat dan menghentak kaki kiri.
 
                                                                                            16.    BERPUSING KE KIRI
 
‘’ Bergerak ke kiri, kiri….sing”
‘’ Berpusing dengan nombor, ke kiri pusing…satu “ dan seterusnya
 
Ø  Dengan pantas pusing ke kiri menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan,
Ø  Pusing ke kanan 90 darjah dengan kiraan ‘’ SATU ‘’,
Ø  Kemudian dengan pantas angkat kaki kanan separas angklet dan hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan ‘’ DUA “
Ø  Setelah berpusing ke kiri, berdiri di atas kaki kiri dan hujung kaki kiri menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat sedikit,
Ø  Lutut lurus, badan tegak dan tangan rapat di penjahit seluar,
Ø  Semasa pergerakan kedua, mengangkat kaki kanan, lutut kiri  hendaklah lurus.
 
Ø  Badan melonjak, tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing,
Ø  Badan dan bahu tidak menghala tepat ( 90 darjah ),
Ø  Keberatan badan di atas kaki belakang,
Ø  Membongkok badan semasa mengangkat dan menghentak kaki kiri.
 
                                                                                                                    17.   BERPUSING SEPARUH KANAN
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
‘’ Bergerak ke kanan, separuh….kanan ‘’
‘’ Berpusing  dengan nombor, separuh kanan pusing….satu’’ dan seterusnya.
Ø  Dengan pantas pusing ke separuh kanan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri,
Ø  Pusing ke kanan 45 darjah dengan kiraan ‘’ SATU “,
Ø  Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “ DUA ‘’.
Ø  Setelah berpusing dan mendapat hala baru, berdiri di atas kaki kanan,
Ø  Hujung kaki kanan menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat sedikit,
Ø  Kedua-dua lutut lurus, badan tegak dan tangan rapat di belakang penjahitan seluar,
Ø  Semasa membuat pergerakan kedua, mengangkat kaki kiri, lutut kanan hendaklah lurus.
 
Ø  Badan melonjak semasa berpusing, tangan bergoyang dan pinggang lemah,
Ø  Badan dan bahu tidak menghala tepat 45 darjah,
Ø  Keberatan badan di atas kaki belakang,
Ø  Membongkok semasa mengangkat  dan menghentak kaki kiri.
 
                                                                                            18.    BERPUSING SEPARUH KIRI
 
‘’ Bergerak ke kiri, separuh….kiri ‘’
‘’ Berpusing  dengan nombor, separuh kiri  pusing….satu’’ dan seterusnya.
Ø  Dengan pantas pusing ke separuh kiri menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan,
Ø  Pusing ke kiri 45 darjah dengan kiraan ‘’ SATU “,
Ø  Kemudian dengan pantas angkat kaki kanan separas angklet dan hentak di sebelah kaki kiri  dengan kiraan “ DUA ‘’.
Ø  Setelah berpusing dan mendapat hala baru, berdiri di atas kaki kiri ,
Ø  Hujung kaki kiri menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat sedikit,
Ø  Kedua-dua lutut lurus, badan tegak dan tangan rapat di belakang penjahitan seluar,
Ø  Semasa membuat pergerakan kedua, mengangkat kaki kanan, lutut kiri  hendaklah lurus.
 
Ø  Badan melonjak semasa berpusing, tangan bergoyang dan pinggang lemah,
Ø  Badan dan bahu tidak menghala tepat 45 darjah,
Ø  Keberatan badan di atas kaki belakang,
Ø  Membongkok semasa mengangkat  dan menghentak kaki kiri.

19.   BERPUSING KE BELAKANG
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
1) Skuad dalam kedudukan  tiga barisan memanjang, barisan  hadapan ( penanda ) berada di sebelah kiri / kanan ;
 
‘’ Bergerak ke kiri / kanan, belakang…sing ‘’
 
11) Skuad dalam kedudukan tiga barisan melintang  menghadap ke hadapan / belakang;
 
‘’ Menghadap ke belakang / hadapan belakang….sing “
 
 ‘’ Berpusing dengan nombor, belakang pusing….satu ‘’ dan seterusnya.
Ø  Dengan pantas pusing ke belakang dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri,
Ø  Pusing 180 darjah ke belakang mengikut sebelah kanan dengan kiraan “ SATU “ ,
Ø  Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “ DUA ‘.
Ø  Setelah berpusing dan mendapat hala baru ( belakang ), berdiri di atas kaki kanan dan hujung kaki kanan menyerong ke kanan, tumit kaki kiri terangkat sedikit.
Ø  Lutut lurus, badan tegak, tangan rapat di belakang penjahitan seluar,
Ø  Semasa membuat pergerakan ke dua, mengangkat kaki kiri, lutut kaki kanan hendaklah lurus.
Ø  Badan melonjak semasa berpusing, tangan bergoyang dan pinggang lemah,
Ø  Badan dan bahu tidak menghala arah 180 darjah,
Ø  Keberatan badan berada di atas kaki belakang,
Ø  Membongkok badan semaa mengangkat dan menghentak kaki kiri,
Ø  Berpusing mengikut sebelah kiri.

                                                                                                                    20.   BERSURAI
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
‘’ Ber….surai “
 
Ø  Dengan pantas pusing 90 darjah ke kanan dengan kiraan ‘’ SATU ‘’ ,
Ø  Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan ‘’ DUA ‘’ ,
Ø  Kemudian melangkah keluar dengan kaki kiri sejauh 30 inci dengan kiraan ‘’ DUA ‘’ ,
Ø  Terus melangkah dengan kiraan “ DUA “ , “ TIGA “ dan seterusnya bersurai.
Ø  Semasa berpusing ke kanan, pergerakan adalah sama dengan pergerakan “ ke kanan pusing “,
Ø  Bilangan masa antara berpusing dengan berjalan pastikan tidak bersambung.
 
NOTA :-
 
Tujuan “ bersurai “ adalah untuk menandakan tamatnya aktiviti/latihan.
Ø  Melangkah dengan kaki kanan bagi langkah pertama.
 
  21.     PEGAWAI DI PADANG / DALAM BARIS BERSURAI
 
“ Pegawai di  padang / dalam baris, ber….surai “ .
 
Ø  Dengan pantas pusing ke kanan 90 darjah dengan kiraan ‘’ SATU ‘’ ,
Ø  Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan ‘’ DUA ‘’,
Ø  Membuat pergerakan hormat ke hadapan dengan kiraan ‘’ TIGA ‘’,
Ø  Turunkan tangan balik ke rusuk kanan dengan kiraan ‘’ EMPAT ‘’,
Ø  Kemudian melangkah keluar dengan kaki kiri sejauh 30 inci dengan kiraan ‘’ SATU’’ terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan ‘’ DUA ‘’ , ‘’ TIGA ‘’ dan seterusnya bersurai.
 
Ø  Semasa berpusing ke kanan, pergerakan adalah sama dengan pergerakan “ ke kanan pusing “,
Ø  Membuat pergerakan hormat sama seperti pergerakan hormat ke hadapan,
Ø  Bilangan masa antara berpusing dengan berjalan pastikan tidak bersambung
Ø  Melangkah dengan kaki kanan bagi langkah pertama.
 
NOTA :-
 
Ø  Jika bersenjata hendaklah memberi hormat penghadang tangan ( hand guard ),
Ø  Jika bertongkat, hendaklah dibawa dalam kedudukan kepit sebelum memberi hormat.
 
22.    KELUAR BARIS
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
‘’ Keluar….baris’’
 
Ø  Dengan pantas pusing ke kanan 90 darjah dengan kiraan ‘’ SATU ‘’ ,
Ø  Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan ‘’ DUA ‘’,
Ø  Kemudian melangkah keluar dengan kaki kiri sejauh 30 inci dengan kiraan ‘’ SATU’’ terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan ‘’ DUA ‘’ , ‘’ TIGA ‘’ dan seterusnya bersurai.
 
Ø  Semasa berpusing ke kanan, pergerakan adalah sama dengan pergerakan “ ke kanan pusing “,
Ø  Membuat pergerakan hormat sama seperti pergerakan hormat ke hadapan,
Ø  Bilangan masa antara berpusing dengan berjalan pastikan tidak bersambung
 
NOTA :-
 
Tujuan keluar baris adalah  untuk bersurai sementara waktu sahaja dan menendakan latihan/aktiviti belu tamat. Mereka tidak boleh beredar dari kawasan latihan.
 
Ø  Melangkah dengan kaki kanan bagi langkah pertama.
 
23( I ) PARASKAN SKUAD :  KEDUDUKAN SKUAD TINGGI DI SEBELAH KIRI DAN KANAN RENDAH DI TENGAH-TENGAH ( LIMA KATAPERINTAH )
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
A ) ‘’ Tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan…paras ‘’
 
Ø  Semua anggota membuat pergerakan keluar baris dengan kiraan ‘’ SATU ‘’ dan ‘’ DUA ‘’,
Ø  Kemuadian melangkah dengan kaki kiri dengan kiraan ‘’ SATU ‘’ terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan ‘’ DUA ‘’ , ‘’TIGA’’,
Ø  Semua anggota beratur dalam satu barisan.
 
Ø  Setelah keluar baris,anggota yang tinggi mengambil kedudukan di sebelah kanan dan diikuti dengan anggota yang rendah,
Ø  Berbaris dalam kedudukan bahu bertemu bahu di antara anggota,
Ø  Anggota yang paling tinggi akan berdiri bersetentangan dengan jurulatih.
Ø  Lambat membuat pergerakan,
Ø  Bercakap-cakap semasa membuat pergerakan dan setelaha mengambil tempat,
Ø  Anggota paling tinggi tidak berada bersetentangan dengan jurulatih.
B )  ‘’   Da…ri Kanan, nombor ‘’ atau ‘’ Skuad…nombor “
 
Ø  Semua anggota menyambut bilangan nombor ( membilang ) dari kanan ke kiri.
Ø  Anggota di sebelah kanan sekali menyebut “ SATU “ , diikuti dengan “ DUA “ dan seterusnya sehingga orang terakhir di dalam barisan,
Ø  Suara hendaklah kuat, kedudukan badan tegak, pandangan terus ke hadapan.
Ø  Tidak membilang dengan pantas,
Ø  Suara perlahan,
Ø  Anggota memandang ke arah kanan sementara menunggu untuk membilang.
C  )  ‘’ Ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang….grak ‘’
 
Ø  Anggota nombor ganjil ambil satu langkah ke hadapan dengan kaki kiri dengan kiraan “ SATU “ dan “ DUA “,
Ø  Anggota nombor genap ambil satu langkah ke belakang dengan kaki kiri dengan kiraan “ SATU “ dan “ DUA “,
 
Ø  Pergerakan satu langkah ke hadapan atau ke belakang sama seperti mana pelajaran awal satu langkah ke hadapan dan ke belakang.
Ø  Rujuk seperti pelajaran satu langkah ke hadapan dan ke belakang.

23 ( i ) PARASKAN SKUAD :  KEDUDUKAN SKUAD TINGGI DI SEBELAH KIRI DAN KANAN RENDAH DI TENGAH-TENGAH ( LIMA KATAPERINTAH )
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
D ) ‘’ Orang di sebelah kanan diam, ganjil ke kanan, genap ke kiri, barisan, kanan dan kiri…..sing  ‘’
 
Ø  Orang di sebelah kanan sekali diam ( anggota nombor satu bagi barisan ganjil ),
Ø  Anggota barisan nombor ganjil berpusing ke kanan dengan kiraan “ SATU “  dan “ DUA “,
Ø  Anggota barisan nombor genap berpusing ke kiri dengan kiraan “ SATU “ dan “ DUA “.
Ø  Semasa membuat pergerakan berpusing ke kanan dan ke kiri adalah sama seperti pergerakan “ Ke kanan / ke kiri pusing “
Ø  Rujuk kesalahan dalam pergerakan ‘’ Ke kanan / ke kiri pusing ‘’.
E )  ‘’   Jadikan tiga barisan, cepat jalan “
 
Ø  Semua anggota berjalan cepat dengan menggunakan kaki kiri, kecuali orang di sebelah kanan sekali,
Ø  Orang nombor dua barisan ganjil, jalan dan berhenti di belakang orang nombor satu ( Penanda ) sebagai orang nombor satu barisan tengah,
Ø  Orang nombor tiga barisan ganjil, jalan dan berhenti di belakang orang nombor dua sabagai orang nombor satu barisan belakang,
Ø  Orang nombor empat barisan ganjil, jalan dan berhenti di sebelah kiri orang nombor satu ( Penanda ) dan diikuti anggota lain mengisi tempat kosong,
Ø  Bagi barisan nombor genap jalan dan membelok ke kanan mengikuti barisan nombor ganjil serta berhenti di tempat kosong.
 
Ø  Semua anggota sebelum berhenti hendaklah membelok ke kiri menghala ke hadapan,
Ø  Semasa berjalan, lenggangkan tangan separas bahu dan sekiranya ada senjata hanya separas tangan kiri sahaja.
Ø  Tidak cergas semasa membuat pergerakan,
Ø  Tangan tidak hayun dan berhenti tidak betul,
Ø  Berhenti tanpa membelok ke kiri dahulu,

23 ( ii ) PARASKAN SKUAD :  KEDUDUKAN SKUAD TINGGI DI SEBELAH KANAN DAN RENDAH DI SEBELAH KIRI ( TIGA KATA PERINTAH )
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
A ) ‘’ Tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan…paras ‘’
 
Ø  Semua anggota membuat pergerakan keluar baris dengan kiraan ‘’ SATU ‘’ dan ‘’ DUA ‘’,
Ø  Kemuadian melangkah dengan kaki kiri dengan kiraan ‘’ SATU ‘’ terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan ‘’ DUA ‘’ , ‘’TIGA’’,
Ø  Semua anggota beratur dalam satu barisan.
 
Ø  Setelah keluar baris,anggota yang tinggi mengambil kedudukan di sebelah kanan dan diikuti dengan anggota yang rendah,
Ø  Berbaris dalam kedudukan bahu bertemu bahu di antara anggota,
Ø  Anggota yang paling tinggi akan berdiri bersetentangan dengan jurulatih.
Ø  Lambat membuat pergerakan,
Ø  Bercakap-cakap semasa membuat pergerakan dan setelaha mengambil tempat,
Ø  Anggota paling tinggi tidak berada bersetentangan dengan jurulatih.
B )  ‘’   Orang di sebelah kanan diam, yang lain ke kanan…sing 
 
Ø  Orang di sebelah kanan diam dan anggota0anggota lain berpusing ke kanan dengan kiraan “ SATU “ dan “ DUA “
Ø  Setelah berpusing ke kanan didapati kedudukan anggota akan rapat di antara satu sama lain.
Ø  Membuat pergerakan sambil lewa kerana kedudukan anggota rapat.
C  )  ‘’ Jadikan tiga barisan…..cepat jalan
 ‘’
 
Ø  Semua anggota akan berjalan cepat dimulai dengan kaki  kiri kecuali orang sebelah kanan,
Ø  Orang nombor dua berjalan dan berhenti di belakang orang nombor satu ( Penanda ) sebagai orang nombor satu barisan tengah,
Ø  Orang nombor tiga berjalan dan berhenti di belakang orang nombor dua  sebagai orang nombor satu barisan belakang,
Ø  Orang nombor empat berjalan dan berhenti di sebelah kiri orang nombor satu ( Penanda ) dan diikuti oleh anggota yang lain mengisi tempat kosong.
 
Ø  Semua anggota sebelum berhenti pastikan membelok ke kiri menghala ke hadapan,
Ø  Pendekkan langkah semasa berjalan dan lenggang tangan separas bahu,
Ø  Sekirannya ada senjata, lenggangkan tangan kiri sahaja.
Ø  Berjalan sambil lewa, tidak hayun tangan dan berhenti tidak betul,
Ø  Berhenti tanpa membelok ke kiri dahulu.

23 ( iii ) PARASKAN SKUAD :  KEDUDUKAN SKUAD RENDAH DI SEBELAH KANAN DAN TINGGI DI SEBELAH KIRI ( TIGA KATA PERINTAH )
 
KATA PERINTAH
KATA PERINTAH DENGAN NOMBOR
PERGERAKAN
PENERANGAN TELITI
KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
A ) ‘’ Tinggi ke kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan…..paras ‘’
 
Ø  Dengan pantas semua anggota pusing kanan  dengan kiraan ‘’ SATU ‘’ dan ‘’ DUA ‘’,
Ø  Kemuadian melangkah dengan kaki kiri dengan kiraan ‘’ SATU ‘’ terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan ‘’ DUA ‘’ , ‘’TIGA’’,
Ø  Semua anggota beratur dalam satu barisan.
 
Ø  Setelah keluar baris,anggota yang rendah  mengambil kedudukan di sebelah kanan dan diikuti dengan anggota yang tinggi,