Sabtu, 9 Mac 2013

Kejohanan Badminton JKS 2013


Pada 9 Mac 2013, berlangsungnya Kejohanan Badminton JKS 2013 bertempat di Gelanggang Badminton Ibupejabat Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur. Seramai 15 pasangan beregu mengambil bahagian dalam kejohanan ini bagi merebut Piala Pusingan Sumbangan Encik Anuar Jaafar.
Kejohanan Badminton JKS di Gelanggang Badminton BNM KL

Pada peringkat saringan pertama, beregu yang memenangi perlawanan akan diletakkan dalam kumpulan yang menang manakalah beregu yang kalah akan diletakkan dalam kumpulan yang kalah. Kumpulan menang terdiri daripada :-
1) Shahrizal Ikhmar dan Muhamad Hamidi
2) Shahkry dan Shahrizal Hantar
3) Mohd Yaser dan Azuan Pi Ramli
4) Shah Budin dan Asrizal Osman
5) Lokman Hakim dan Hasyrul Amika
6) Reza Ramli dan Nazri Yazid
7) Wan Mohd Kamal dan Abdul Salam
8) Mohd Nazari dan Jafri Yang Ghazali
Pasangan Shahrizal Ikhmar dan Mohd Hamidi yang layak ke kumpulan menang.
Pasangan Regu yang handal dari Data Center

Kumpulan kalah adalah seperti berikut:-
1) Ahmad Dahuri dan Ravi
2) Abdul Malek dan Muhamad Razali
3) Baharom dan Wan Mohd Rosli
4) Abu Hassan dan Shahrum Magini
5) Azmi Muhammad dan Siva Kumar
6) Kamaruddin Tahir dan Ahmad Syawal
7) Khairi Ithnin dan Mohd Zeinal

Gandingan Tuan Dahuri dan Ravi

Tuan Zainal dan Mohd Khairi Ithnin bergandingan kumpulan Kalah
Kumpulan Menang yang berentap di peringkat akhir.


Kejohanan ini berlangsung dengan penuh semangan kesukanan. Ramai para penonton yang turut hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan pada tahun ini. Terima kasih di ucapkan kepada Tuan Pengurus Mohd Ridzuan Ahmad Hariri yang turut sama hadir memberi semangat. Malah beliau turut sama beraksi mewakili Mohamad Razali yang tidak dapat meneruskan perlawanan kerana masalah kesihatan.
Tuan Abu Hasan Al Shaari sedang mempertahankan kejuaraan
Pantang rebah sebelum kalah.
Pasangan Regu yang serasi...membawa kepada Juara.


Antara para penonton yang hadir.

Keputusan Kejohanan adalah seperti berikut:-

1) Pasukan Menang
     Juara : Pasangan beregu Shahkry dan Shahrizal Hantar
     Kedua : Pasangan beregu Mohd Nazari Ramli dan Jafri Yang Ghazali
     Ketiga : Pasangan beregu Mohd Yaser dan Azuan Pi Ramli
     Keempat : Pasangan beregu Lokman Hakim dan Hasrul Amika


Johan Badminton JKS 2013 Pasukan Menang
Naib Johan Badminton JKS 2013 Pasukan Menang
Ketiga Badminton JKS 2013 Pasukan Menang
Keempat Badminton JKS 2013 Pasukan Menang, wakil.
2) Pasukan Kalah
Juara : Pasangan beregu Ahmad Dahuri dan Ravi
Kedua : Pasangan beregu Azmi Mohamad dan Siva Kumar
Ketiga : Pasangan beregu Baharom dan Wan Mohd Rosli
Keempat : Pasangan beregu Khairi Ithnin dan Mohd Zeinal
Johan Badminton JKS 2013 Pasukan Kalah
Naib Johan Badminton JKS 2013 Pasukan Kalah
Ke Tiga Badminton JKS 2013 Pasukan Kalah
Ke Empat Badminton JKS 2013 Pasukan Kalah


Penyampai hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengurus Mohd Ridzuan Ahmad Hariri. Tahniah kepada semua para pemain, bagi yang kalah boleh cuba lagi di tahun mendatang. Jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa Penganjur yang bertungkus lumus bagi menjayakan kejohanan ini. Majulah sukan untuk Jabatan Keselamatan.
Ahlijawatan Kuasa yang terlibat menjayakan kejohanan ini.
Berikut adalah gambar-gambar kenangan yang sempat di rakam oleh lensa kamera saya semasa kejohanan Badminton JKS 2013. Saksikanlah:-
Kenangan bersama pasukan Johan

Berehat sebentar menunggu giliran untuk bertarung kembali

Kenangan M. Razali bersama Pengurus Tuan Ridzuan

Kenangan EN. Mohd Yasser bersama Pengurus Tuan Ridzuan.

Gambar Kenangan bersama Juara 2013

Kenangan Abadi Kejohanan Badminton JKS 2013
Hip,...hip..Horeyyyy....jumpa lagi


Jumpa lagi, insyallah.


Rencana : Syahrillizam Zakariya
Foto : Syahrillizam Zakariya dan Mohamed Razali Hj Yusof