Khamis, 31 Januari 2013

Dua Jenis Senggugut Sering Berlaku Ketika Haid

 
 

SOALAN:SAYA seorang gadis berusia 15 tahun. Setiap kali kedatangan haid, saya mengalami sakit perut dan saya ingin tahu bagaimana cara untuk mengurangkan kesakitan itu. Harap doktor dapat membantu mengatasi masalah saya ini. Terima kasih.

Ingin Tahu
Dungun,Terengganu



JAWAPAN:

Sakit perut ketika kedatangan haid adalah satu simptom yang lazim dikemukakan kepada pakar sakit puan. Sakit perut ketika haid ini dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah "dysmenorrhoea".

Senggugut boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama dipanggil senggugut primer (primary dysmenorrhoea) dan jenis kedua senggugut sekunder (secondary dysmenorrhoea).

Senggugut primer berlaku apabila kesakitan dialami tidak disebabkan oleh penyakit di pelvis seperti adanya jangkitan kuman.

Senggugut jenis ini lazimnya berkait rapat dengan proses ovulasi yang berlaku pada kitaran haid berkenaan. Senggugut ini memang biasa (23 hingga 25 peratus) melanda remaja seperti adik.

Kesakitan senggugut ini berlaku hanya untuk satu atau dua hari saja sewaktu pendarahan haid. Lazimnya kesakitan ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit seperti paracetamol.

Kesakitan senggugut primer ini disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin daripada dinding rahim secara berlebihan. Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat.

Seseorang wanita perlu memahami punca kesakitan senggugut primer ini untuk mengelakkannya daripada berasa susah hati dan berfikiran bukan-bukan.

Oleh sebab kesakitan kuat yang dialami, ada wanita memikirkan bahawa dia diserang penyakit yang serius dan seterusnya akan menyebabkan kesukaran hamil. Dengan mengetahui puncanya, rawatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.

Kadangkala dengan kefahaman ini juga, rawatan minda tanpa ubat-ubatan sudah cukup untuk memberikan kesan yang baik.

Jika kesakitan berlaku terlalu teruk sehinggakan mengganggu kerja harian seperti terpaksa bercuti daripada ke sekolah atau berkerja, rawatan dengan ubat-ubatan perlulah diberikan supaya perjalanan hidup harian boleh berlaku seperti biasa walaupun dengan kedatangan haid.

Penggunaan pil perancang boleh mengelakkan kesakitan senggugut kerana pil ini akan menghalang proses ovulasi. Lazimnya rawatan jenis ini akan diberikan kepada wanita yang lebih tua dengan kemungkinan pada masa yang sama mereka memerlukan kaedah untuk menjarak kelahiran anak.

Lazimnya, rawatan kepada remaja seperti adik adalah melalui ubat-ubatan untuk menahan kesakitan ketika kedatangan haid saja. Kumpulan ubat-ubatan yang diberikan adalah daripada kumpulan (NSAIDS).

Keberkesanan ubat-ubatan jenis ini adalah mencapai 80 peratus. Kejayaan ini diperoleh kerana ubat-ubatan jenis ini menghalang pengeluaran prostagladin daripada dinding rahim. Oleh itu, pengambilan ubat ini perlulah dilakukan sebaik saja pendarahan haid bermula ataupun apabila mula terasa sakit.

Sakit gastrik adalah salah satu kesan sampingan daripada rawatan menggunakan ubat-ubatan ini yang lazim berlaku.

Jika rawatan di atas gagal untuk merawat kesakitan senggugut, besar kemungkinan kesakitan itu bukan disebabkan oleh senggugut primer.

Bagaimanapun, kesakitan mungkin disebabkan senggugut sekunder yang timbul daripada masalah penyakit pelvis. Oleh itu, siasatan perlu dilakukan untuk mengenal pasti penyakit itu dan rawatan yang tepat untuk penyakit perlu diberikan.

Sehubungan itu, adik perlu berjumpa doktor dan memberitahu mengenai masalah dialami dan jangan malu untuk memberitahu orang dewasa seperti ibu adik.

Pertolongan dapat diberikan apabila masalah ini dibincangkan dengan orang dewasa atau doktor. Remaja tidak perlu menderita menanggung kesakitan kerana malu untuk menceritakan masalahnya kepada orang dewasa.

Sumber Dari : Berita Harian Online




Memperkenalkan penawar SENGGUGUT tanpa makan ubat. Rasailah perubahannya sendiri setelah menggunakannya.
 
Soalan :-
 
Apa kelebihan FC Bio Sanitary Pad kepada mereka yang bermasalah senggugut?
 
 
Jawapan :-
 
Menurut maklum balas pengguna yang bermasalah senggugut, mereka mengalakkan penggunaan FC pantiliner sepanjang 24 jam, haruslah bertukar 3-4 keping pantiliner setiap hari. Segala masalah senggugut atau sakit belakang akan hilang selepas 1 bulan. Akan tetapi setiap wanita mempunyai tahap kesihatan dan masalah senggugut yang berbeza, jadi tempoh pemulihan adalah berlainan mengikut individu.
 
FC Bio Sanitary Pad yang diperbuat daripada ramuan herba semulajadi. Kualiti FC Bio Sanitary Pad memang terjamin! Ia diperbuat daripada bahan mentah yang berkualiti dan selamat, tidak mengandungi agen fluoresen, agen peluntur berklorin, Dioksin atau bahan-bahan lain yang merbahaya. Ia adalah rakan sebaya para wanita yang meneman anda melalui sepanjang masa keemasan anda. FC Bio Sanitary Pad pastinya pilihan utama para wanita yang mengejar kesihatan dan kesejahteraan!
 
Fungsi dan Kelebihannya
Mencegah senggugutMengawalatur kitaran haid

Mencegah buasirMembuangkan angin perut

Menghilangkan bauMembuang darah beku di rahim

Mencegah keradangan dan membasmi kumanMencegah keradangan dan membasmi kuman

Menghilangkan kepanasan dan menguatkan rahim
 
Cubalah hari ini, hanya anda yang menggunakannya akan tahu segala khasiatnya.

 
PAD HERBA FC BIO AVAIL BEAUTY.
Pantiliner (RM10), Day Use (RM11), Night Use (RM12)

Dapatkan segera pad Herba yang berubat ini daripada saya atau hubungi saya untuk sample percuma :

Syahril 012-6574273
Untitled Document

Selasa, 1 Januari 2013

Isi Hati Seorang Wanita




Setiap wanita pasti punya rahsia tersendiri, dan inilah rahsia umum yang disembunyikan daripada isi hati wanita dari pasangannya.

1. Pandai menyumbunyikan harga barangan.
Sejujurnya, wanita sangat
suka bershopping. Apalagi sebahagian besar daripada kaum wanita memang tak boleh menahan diri semasa musim julan murah di mana-mana Supermarket. Mereka amat mengetahui pembelian barangan yang mahal boleh mencetuskan perdebatan dan kemarahan dengan pasangan mereka, ramai wanita yang memilih menyembunyikan harga sebenarnya dari harga asal barangan yang dibeli. :)

2. Sering memikirkan tentang seks
Bukan cuma lelaki yang suka memikirkan tentang seks, wanita juga, hanya bezanya yang ada dalam fantasi wanita adalah pasangannya. Malangnya, di malam hari kadang-kadang kaum hawa ini terlalu letih dan kehabisan tenaga untuk mewujudkan fantasinya. Fikiran tinggal fikiran jua.


 3. Takut komitmen
Memang benar bahawa wanita sering mengimpikan perkahwinan yang romantis, serba putih, dan bersanding dengan jejak tampan. Tapi, wanita juga tidak berbeza jauh dengan lelaki, mereka juga cemas dan takut semasa memikirkan soal komitmen. Segala hal yang menimbulkan ketidak pastian memang membuat hati ragu-ragu. Apakah lelaki ini akan jadi suami yang baik, apakah perkahwinan kami akan bahagia, dan sederetan keraguan lain seterusnya penuh persoalan di fikiran bila ingin membicarakan tentang perkahwinan.

4. Tetap perlu bantuan
Wanita masa kini memang lebih moden dan berdikari, tapi bagaimana pun juga dalam hati kecil setiap wanita memerlukan bantuan dan perlindungan dari pasangannya. Membetulkan kereta yang rosak, mempunyai pengetahuan yang luas, atau sekadar membawakan beg, sudah membuat wanita merasa lebih feminin dan selamat bersama si dia.

5. Ingin disayangi dan dicemburui

Rasanya setiap wanita ingin diperhatikan oleh pasangan dan sedikit dicemburui. Hal itu akan membuat wanita merasa menjadi orang yang diperlukan dan disayangi pasangannya. Itu sebabnya, ketika ada lelaki lain memuji kecantikan, kami berharap pasangan mengetahuinya dan memperlihatkan rasa cemburu.


6. Tetap berselindung pada sahabatnya
Pada sahabat karibnya mereka selesa bercerita tentang pelbagai perkara, tapi tak semua hal dibuka begitu saja. Ada hal-hal tertentu yang tetap di simpan sendiri terutama yang sifatnya sangat peribadi, contohnya kesedihan, pergolakkan rumah tangga atau keluarganya, dan sebagainya.

7. Suka pada hal-hal romantis
Tidak dapat tidak orang perempuan tetap menyukai perkara romantis. Setiap wanita pada dasarnya menyukai hal-hal yang romantis atau sesuatu yang boleh menimbulkan sensasi bahagia, seperti saat sedang jatuh cinta. Makanya, untuk mengulang sensasi jatuh cinta ini, kebanyakkan wanita adalah peminat filem-filem cinta atau komedi romantis.
Sumber asal : Smartnewz



Jaga diri hiasi peribadi “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah”. (HR. Muslim).

Wassalam, Wa'allahhualam.

Royal Palace Bee,
1 Januari 2013

Jumaat, 28 Disember 2012

Jenis Jenis Kanser Yang Menyerang Wanita


PENGURANGAN risiko kanser boleh dilakukan dengan mengubah gaya dan tatacara kehidupan. Faktor keturunan (kehadiran gen-gen tertentu) menyebabkan ketumbuhan berlaku selain pendedahan kepada sinar-sinar tertentu, bahan kimia, virus dan bermacam jenis faktor persekitaran lain.
Jenis-jenis kanser bergantung pada bahagian anatomi badan yang terlibat seperti paru-paru, payudara, kulit, ovari, rahim, pangkal rahim, faraj, vulva, usus besar dan rektum.


Semua penyakit boleh dicegah atau dirawat sekiranya pengesanan dapat dilakukan pada peringkat awal. 



Di antara petanda-petanda awal kanser pada bahagian badan berkenaan adalah perubahan pada tabiat kebiasaan pundi kencing dan juga usus besar.
 

Selain itu, luka-luka yang tidak sembuh, pendarahan ataupun discaj yang tidak pernah dialami, penebalan ataupun tongkol-tongkol pada payudara ataupun bahagian kulit yang lain serta perubahan pada tahi lalat atau mana-mana tompok kulit juga mungkin menjadi petanda awal kanser tertentu.


Kesakitan biasanya bukan tanda-tanda awal kanser. Walau bagaimanapun, jangan ditunggu sehingga kesakitan menjelma, barulah rujukan mahu dibuat kerana ketika itu mungkin sudah terlambat.


TANDA-TANDA AWAL KANSER


1. KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIKS)
-“Discaj atau lelehan abnormal melalui faraj
-“Pendarahan abnormal melalui faraj
-“Pendarahan selepas hubungan kelamin



2. KANSER FARAJ DAN VULVA
-“Kudis, pembengkakan yang tidak hilang-hilang
-“Kegatalan
-“Pendarahan yang abnormal
-“Perubahan pada kulit-kulit di sekitar, seperti perubahan pada tahi lalat



3.  KANSER OVARI
-Ketidakselesaan di kawasan pinggul 
-kembung, sendawa, bergas 
-kesukaran pencernaan yang tidak dapat dijelaskan 
-pendarahan abnormal melalui faraj
-pembengkakan abdomen.


4. KANSER RAHIM
-pendarahan selepas menopaus
-discaj atau lelehan di antara tempoh haid
-haid yang berpanjangan dengan kehadiran darah yang banyak.


5. KANSER PAYUDARA
-Pembengkakan, tonjolan, kekerasan, penebalan dan juga pengecutan kulit pada payudara.
-Kerengsaan pada kulit payudara serta puting yang tenggelam ke dalam
-bersisik, berdarah, 
-mengalami discaj, sakit serta tidak selesa 


6. KANSER USUS DAN REKTUM
-Pendarahan dari rektum
-Darah di dalam najis ataupun najis berwarna hitam
-Najis menjadi panjang dan bergaris pusat kecil
-Ketidakselesaan abdomen (kembung, kejang dan sering kentut atau sedawa).


Cara untuk mengurangkan risiko kanser :
- Tidak merokok atau berhenti merokok
- Kurangkan pengambilan makanan dengan lemak tepu atau lemak trans
- Banyakkan makanan berserat tinggi
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari
- Sekiranya anda berkulit cerah atau kurang pigmen kulit, hadkan pendedahan pada cahaya matahari
- Tumpuan dan perhatian pada sebarang perubahan pada badan anda
- Jangan amalkan tatacara serta gaya hidup seksual secara bebas
- Amalkan ujian tertentu yang patut dilakukan pada umur serta julat tahun tertentu
- Kurangkan pengambilan minuman beralkohol.


** DIPETIK DARI UTUSAN MALAYSIA (20 JAN 2008)**


Anda perlu lebih berhati-hati sekiranya mempunyai ahli keluarga yang disahkan mengidap kanser.. kerana kanser juga menyerang atas faktor keturunan..


Maka pencegahan risiko kanser adalah sangat penting****

"PENGGUNAAN PRODUK YANG BERKUALITI MAMPU MENCEGAH RISIKO KANSER"
SEKIRANYA ANDA WANITA YANG BIJAK.. PASTI ANDA TIDAK AKAN BERFIKIR PANJANG UNTUK BERHENTI MENGGUNAKAN PAD YANG DIJUAL DI PASARAN...

ALTERNATIFNYA.. SAMADA ANDA MENGGUNAKAN KAIN SEPERTI IBU-IBU DAN NENEK KITA PADA ZAMAN DAHULU ATAUPUN BERTUKAR KEPADA
PAD HERBA FC BIO AVAIL BEAUTY.
 Pantiliner (RM10), Day Use (RM11), Night Use (RM12)

Dapatkan segera pad Herba yang berubat ini daripada saya :

Syahril 012-6574273

Khamis, 27 Disember 2012

Tips Menghalang Kecurian

Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.



1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka
mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum
tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis
mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk
melindungi diri mereka).



3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada
tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip
tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah
menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan
PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di
waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara
lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,
cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa
alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah
masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan
rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik
motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka,
mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita
dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan
benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh
double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan
juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu
extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan
kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991
atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda.
Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat
panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau
automatik alarm.



13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara
automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg
penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi
dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang
kerap di kawasan anda.



16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand
new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur
(Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan
pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci
dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda
perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.



18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil
anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi
tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri
pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau
bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.



Sumber : Bukit Aman PDRM

Isnin, 24 Disember 2012

Kejohanan Boling AAT & DCA 2012

Pada 23 Disember 2012, berlangsungnya Kejohanan Boling antara AAT dan DCA bertempat di Ole-Ole Bowling, Monterez Golf Club Subang. Main Boling kat sini rasa tenang ajer sebab jauh dari kesibukan kota. Almaklumlah kawasan Golf.

Ini adalah kali kedua pertandingan boling pada tahun ini, pada awal tahun dan penghujung tahun...kali ini team aku terdiri daripada,. nak tahu kenalah lihat gambar di bawah..

Harap-harap Team kali ni leh dapat kejatuhan pin yg banyak..
Maka berlangsunglah kejohanan ini yang bermula pada jam 1030am, masa sibuk membaling bola lupa lak nak amik gambar. So kali ini tiadalah gambar semasa pertandingan. Jangan marah...

Tempat ke dua individu wanita di menangi oleh...saya...lalalalala
Biasalah kan semasa di umumkan tempat ke lima individu wanita dengar jumlah pun dah agak dah, pasti leh menang punya. Sampailah ke tempat kedua,..tak ada nama orang lain dah yang nak di panggil. Nama teman ler...sambil di eskot oleh putera bongsu...


Inilah pemenang individu wanita.
Akak kat atas ni memang champion giler dia main boling. Sekali hayun dah 10 pin jatuh. So lepas ni klu nak kalahkan akak ni nampaknya kena traning lebih lah. Setiap hari Jumaat Long Lunch kena gi Summit lah...huhuhu..traning boling.

Berikut adalah gambar-gambar kumpulan yang menang, kumpulan kami kalah sikit ajer...

Tempat ke lima berkumpulan.

Tempat ke empat berkumpulan

Tempat ke tiga berkumpulan...Tahniah...

Tempat ke dua berkumpulan...

Dan Juara pada kali ini,..sekalung tahniah...

Walaupun kumpulan ini tidak mendapat tempat, tapi senyuman tetap memikat.
Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah, biarpun kalah tapi yang penting perhubungan yang akrab di antara AAT dan DCA yang bekerja di bawah satu bumbung berkekalan. Sekurang-kurangnya berpeluh sikit baru badan sihat dan unggul. Bila dah penat bekerja sekali-sekala buat kejohanan seperti ini maka kuranglah tekanan kerja.

Akhir kata, jumpa lagi di tahun 2013 jika panjang umur. Insyallah.

Isnin, 17 Disember 2012

Ayat Seribu Dinar

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.
.
.

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
.
.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎
.
.

Pendapat Ulama’

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
.
.

Amalan

Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
.
.

Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar


‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

  1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudarat dari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.

Terima kasih yang sudi membaca, hafal dan amalkan ayat 1000 Dinar. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan sentiasa mendengar doa-doa kita semua. InsyAllah. Amin.

Ahad, 16 Disember 2012

Majlis Penganugerahan Sempena Ulang Tahun ke 8 AVAIL

Pada 24 November 2012, berlangsungnya Majlis Penganugerahan Sempena Ulang Tahun ke-8 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang gilang-gemilang. Majlis di hadiri oleh rakan Avail dari Utara, Selatan, Timur dan Sentral serta dari Sabah dan Sarawak. Tidak ketinggalan Avail dari negara jiran iaitu Indonesia, Thailand, Brunie, Singapura serta terbahru Filipina.
Tersergam indah pentas tahun 2012 ulang tahun ke 8.