Ahad, 27 Julai 2014

1 Syawal 1435H

Berakhirnya Asar 27 Julai 2014 bersamaan 29 Ramadhan 1435 H, maka muncullah Maghrib. Suara Bilal berkumandang di angkasa melaungkan azan. Lima minit selepas itu, terdengar pula Takbir Raya dari radio mengesahkan bahawa 1 Syawal 1435 telah bermula. Bagai bergenang air mata kegembiraan, Syawal tahun ini membawa kebahagiaan buat diriku dan ayah kerana semua anak, menantu dan cucu berada di kampung bagi meraikan Raya Aidilfitri tahun ini. 

4 jam sebelum waktu Asar, aku dan ayah telah mengorbankan 5 ekor ayam peliharaan @ ayam kampung. Memang setiap kali anak menantu ayah balik, pastilah ayam peliharaan ini akan menjadi korban. Alhamdulillah, mati dengan kalimah Allah.
Lima ekor ayam peliharaan disembelih dengan kalimah Allah, untuk santapan di Aidilfitri.
 

28 Julai 2014 bersamaan 1 Syawal 1435H, seawal 0530 pagi lagi aku sudah bangun menggerakkan keluarga, isteri dan anak-anak. Ternyata mak sudah sedia di dapur lebih awal dari aku. Begitulah mak, jika anak, cucu, menantu balik di cerok dapurlah tempatnya memasak menu yang menarik serta menu yang menjadi kegemaran anak-anaknya.
 
Selesai memandikan anak-anak dengan niat "Sahaja aku mandi sunat aidilfitri kerana Allah Ta'ala" maka aku bawa semua anak dan anak lelaki aku ke masjid. Makin cantik masjid Bukit Chabang ini. Banyak juga kereta kat sini, ini bermaksud ramai lah orang bandar yang pulang ke kampung halaman.
Masjid Bukit Chabang yang telah di rasmikan oleh Raja Muda Perlis pada Ramadhan 1435H. Tahniah.
Sebelum solat Aidilfitri, Imam Tua, Pak Long Man telah mengumumkan bahawa pada tahun ini, University Malaysia Perlis UNIMEP telah berbesarhati untuk memberi duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir di masjid. Memang langkah kanan lah aku bawa Syakir, Syamil dan Solihin. Lepas jer Khutbah maka berbarislah mereka bertiga untuk bersalaman dengan Tok Imam Tua untuk mengambil duit raya. Terima kasih UNIMEP dan Pak Long Man.
Syakir terima duit raya dari Tok Imam.

Syamil bersalaman dengan Tok Imam

Solihin bersalaman dgn Tok Imam untuk terima duit Raya.
 
Setelah selesai solat dan penerimaan duit raya, aku bawa ayah, mak dan anak-anak semua ke Tanah Perkuburan Islam untuk menziarahi pusara Tok dan Tok Wan di sana. Nampaknya semakin banyak pusara telah disemadikan di sini berbanding tahun lepas. Al- Fatihah untuk semua penghuni pusara di Bukit Chabang.
Sedekah Al Fatihah untuk penghuni Kubur Bukit Chabang.
Pusara Arwah Tok Nab, Mak Piah(menantu) Ayah, Ujang(cucu menantu) Solihin,Syamil dan Syakir(cicit) sedang mendoakan dan sedekahkan Fatihah dan 3 Khul.

Tiga orang cicit yang tidak pernah melihat jasad Tok Nek Zainab sedang mendoakan di atas pusara. Moga Arwah bersama orang yang beriman.
Pusara Arwah Tok Wan Lipah(Khalifah Yahya) sedang mendoakan kesejahteraan arwah Syahriman(cucu) dan cicit-cicit Arwah.
 
Selesai mendoakan arwah, aku kembali ke rumah. Suasana hari Raya pun bermula. Mee Kari, dan juadah kuih muih siap terhidang untuk menjamu selera. Anak-anak berbaju cantik, riang ria di hari lebaran.
Dari kiri Syamil, Syakir, Solihin, Ain dan Along siap berbaju raya warna-warni.
 Riuh rendah kehadiran sanak saudara di pagi hari, Keluarga sebelah Mak Lang Ajar, Keluarga Pak Su Johari dan Wa Milah menjadikan rumah aku sebagai destinasi yang pertama. Penuh rumah sambil menjamu selera serta cerita-cerita silam yang mengembirakan semua.
Ini keluarga sebelah Mak Lang Ajar. Mail, Syawal dan isteri Mail.
Selesai menjamu selera, aku merakamkan gambar kenangan bersama sepupu aku. Anak Mak Lang Ajar. Masing-masing bersama isteri dan anak-anak...yang menariknya semua yang ada dalam gambar ini menetap di Selangor dan Kuala Lumpur. Semuanya di perantauan. Alhamdulillah dapat pulang ke desa permai, Bukit Chabang.


Gambar Kenangan berlatar belakangkan Bukit Chabang.

Destinasi kedua kami adalah rumah Pak Su Johari. Menu special adalah Mihun Goreng Tom Yam. Lama tak beraya kat rumah Pak Su, sebabnya sebelum ini meraka beraya di Ladang Tebu. Pengusaha Kantin berjayalah katakan.


Menu Bihun Goreng Tom Yam, sedap. Tukang masaklah katakan.
 
Rumah ketiga adalah rumah Wa Milah. Setiap tahun pasti Wa Milah masak LonTong. Sedap bangat Wa Milah memang pakar dalam sajian Lontong. Tukanag masak juga ni.
 
Inilah keluarga bahagia aku.
Selepas selesai di rumah Wa Milah, kami semua ke rumah Mak Lang Ajar. Kat sini tak sempat nak bergambar. Indah sungguh di hari Raya tahun 2014 ini.Selesai sudah sesi pagi.

Di kesempatan ini ku menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, terguris perasaan semasa kalian membaca blog ini.

Amin.




#Syahrill Syawal 2014






Selasa, 8 Julai 2014

Berwaspada! Jangan menjadi mangsa penipuan


Berhati-hati dengan panggilan dan mesej palsu daripada mereka yang mendakwa sebagai pegawai Bank Negara Malaysia, bank swasta, penyedia utiliti atau agensi penguatkuasaan.
Ini satu PENIPUAN.

Jangan panik. Fikir dahulu.

Jika ada keraguan, hubungi BNMTELELINK (Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan) di talian 1300-88-5465.
 
 
KUALA LUMPUR: Awas! Hanya menerusi panggilan telefon, satu sindiket penipuan antarabangsa dipercayai didalangi warga Taiwan boleh membuatkan anda pokai dan setakat ini hampir 200 orang menjadi mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM10 juta.
Sindiket itu yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu mempunyai kepakaran tinggi apabila mampu memastikan nombor telefon pemanggil yang tertera pada telefon bimbit mangsa adalah nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Bank Negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata mangsa terbaru sindiket itu ialah seorang lelaki dari Sabah berusia 30-an yang tertipu sebanyak RM250,000.
 
 Menurutnya, modus operandi sindiket licik itu memerangkap mangsa dimulakan dengan menelefon mangsa dengan pemanggil menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara.
“Mangsa dimaklumkan akaun bank atau kad kredit mereka diceroboh pihak ketiga dan jika tidak segera memindahkan wang ke akaun lain, mereka akan kerugian kerana wang akan dicuri sindiket penipuan,” katanya.
Menurut Syed Ismail, mangsa pada mulanya tidak percaya maklumat itu dan akan menghubungi semula nombor telefon terbabit, namun panggilan mereka dijawab mesin operator elektronik sama seperti sistem yang diguna pakai Bukit Aman atau bahagian khidmat pelanggan Bank Negara. “Siasatan polis mendapati sindiket terbabit menggunakan perisian khas dikenali sebagai Voice Internet Protocol iaitu sistem panggilan telefon melalui pelayan komputer bagi memudahkan proses penyamaran.
 
 
 “Justeru, mangsa yang mula yakin dan takut wang mereka hilang akan mengikut arahan diberikan dan arahan itu yang menyebabkan mangsa kehilangan wang di dalam akaun bank atau kad kredit mereka,” katanya.
 
Beliau berkata, antara arahan pemanggil yang mendakwa pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara itu ialah memberikan satu siri nombor yang didakwa kod atau kata laluan untuk proses transaksi pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM).
 
“Selepas mangsa memindahkan wang ke dalam akaun ketiga yang diberikan, mereka juga diminta menghapuskan resit bank atas alasan keselamatan.
 
“Selepas berbuat demikian mangsa diarah menunggu tiga jam, kononnya untuk proses kemas kini akaun sebelum diminta menghubungi semula si pemanggil untuk membolehkan mereka mengambil semula wang.
 
“Bagaimanapun, suspek gagal dihubungi selepas itu dan menghilangkan diri. Ketika itu mangsa menyedari mereka ditipu, tambahan pula apabila mendapati wang dalam akaun masing-masing sudah tiada dan mereka tiada akses untuk akaun ketiga di mana wang mereka dipindahkan,” katanya.
Syed Ismail berkata, siasatan sepasukan anggota Bahagian Operasi JSJK Bukit Aman setakat ini menahan dua wanita tempatan berusia 23 dan 31 tahun di Taman Muda, Cheras, di sini, pada 30 Mac lalu.
 
“Tangkapan dilakukan di sebuah rumah teres berhampiran beberapa bank yang dipercayai menjadi tempat melakukan transaksi,” katanya.
Menurutnya, siasatan juga mendapati sebahagian besar pemilik akaun ketiga yang digunakan sindiket itu untuk memindahkan wang daripada akaun mangsa turut ditipu secara halus.
Ini kerana mereka yang juga warga tempatan tidak mengetahui tujuan nama mereka digunakan untuk membuka akuan itu, sebaliknya terpengaruh untuk mendapatkan wang cara mudah melalui komisen tanpa melakukan sebarang kerja. “Selain itu, siasatan polis mendapati modus operandi yang mereka lakukan ini taktik baru. Sebelum ini sindiket sama skim penipuan dengan menawarkan mangsa percutian ke Macau, kononnya sebagai hadiah istimewa dimenangi mereka.
 
“Namun, mangsa terlebih dulu perlu memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank diberikan dan selepas mangsa memasukkan wang, anggota sindiket terbabit menghilangkan diri,” katanya. Berikutan itu, Syed Ismail menasihatkan orang ramai berhati-hati dan segera melaporkan pada polis jika dihubungi individu yang mendakwa mereka pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara serta dan meminta segera memindahkan wang di dalam akaun peribadi masing-masing ke akaun pihak ketiga.
 
Petikan daripada : MyMetro.com

Sabtu, 8 Mac 2014

Apabila Haid Tidak Datang.

Amalan yang praktikal bolah dekatkan diri kepada Allah SWT atau dengan kata lain Cari Ketenangan dengan mengamalkan selawat kepada Rasulullah SAW dan juga berzikir.
 
Apabila bangun dari tidur selepas solat subuh dan asar lakukan amalan seperti di bawah sekurang2nya 10 minit :
1-Duduk di atas kerusi tanpa bersandar
 
2-Kemudian rehatkan akal seketika (buangkan semua/kosongkan seketika)
 
3-Pejamkan mata dan bacakan 4 ayat sebagai pembukaan, iaitu Bacakan Fatihah untuk diri sendiri 1 x, Bismillahi Rahmani Rahim 3x Bacakan Selawat 3 kali. Baca dengan tenang seikhlasnya.
 
4-Letakkan kedua tangan diperut tanpa sentuh
 
5-Pejamkan mata dan tarik nafas perlahan-lahan sedalam yang mungkin
 
6-Tahan nafas tersebut di perut sambil bacakan ayat dari surah Al-Imran ayat 5 hingga 6.
 
7-Kemudian hembuskan nafas tersebut perlahan2 disamping niatkan “Ya Allah dengan ZatMu Yang Maha Lembut Perlicinkan Perjalanan Haid Pada DiriKu Permudahkanlah’ Ini sambil berimagine di minda kita membuang/memusnahkan tenaga2 kotor atau warna yang hitam.
 
8-Ulangan tarik nafas,menahan dan membaca ayat tersebut lagi..langkah ini di ulangan selama 1o-20minit.
Selalulah dengan amalan ni selama beberapa hari tanpa putus asa,Insyallah segalanya berjalan lancar.
 
               Bila Darah Haid mula keluar pakailah Pad Herba yang saya jual ini:-
 
Selamat mencuba dan beramal, insyallah.
 
 
Syahrillizam Bin Zakariya
012-6574273

Sabtu, 22 Februari 2014

Ujian Grading Taekwondo Siri 1 Tahun 2014

Pada 22 Februari 2014, telah berlangsung Ujian Grading Taekwondo di Dewan Sukan.
Seramai 21 orang telah mencuba nasib untuk Grading kali ini. Examiner ujian ini adalah Master Moi Chee Keong.


Gambar Kenangan Grading Siri 1/2014
Berikut adalah senarai pelatih yang terlibat dalam ujian ini mengikut tali pinggang.
Talipinggang PUTIH Ujian untuk Talipinggang Kuning Satu:-

  1. Lia Azra Bt Abd Razak
  2. Elvis A/L Saveryar
  3. Muhammad Yusairie B. Rosmin
  4. Muhammad Ziqi B Abdul Hamid
  5. Jihan Bt Jamal Abd Nazar
  6. Fatin Nur Amalina Bt Abd Roshid
  7. Mohd Farhan b Atan
  8. Mohd Izzat B Mohd Zamburi
  9. Mohd Ameerul Ashraff B Misman


Ujian Talipinggang Kuning sedang dijalankan.





Selasa, 4 Februari 2014

Sembelit, Mungkinkah Anda?


 Sahabat Yang Dihormati Sekalian.


Pada Julai 2009
Avail Beauty Sdn Bhd
telah melancarkan produk yang sangat menakjubkan. Ini kerana dalam tempoh 2 bulan sahaja, Ianya telah mendapat maklumbalas (Testimoni) daripada lebih 40 pengguna.
90% memberi feedback yg memberangsangkan. Produk minuman kesihatan berkualiti tinggi dan mendapat permintaan mendadak tersebut ialah :-


GreenFit ialah minuman campuran serbuk epal dengan serbuk gandum dan oligosakarida.
Ianya berperisa campuran buah-buahan.

 

Maklumbalas (Testimoni) daripada lebih 40 pengguna

Zaleha Ibrahim, 34 tahun
Kuala Terengganu
Saya berasa kembung perut setiap pagi.
perut saya berangin, 3 hari sekali buang air besar dan sikit dibuang.

Selepas mencuba GreenFit, saya banyak kentut berbau dan
kerap membuang air besar. Najis yang dibuang berbau busuk
dan berwarna hitam. Saya tidak lagi berasa kembung perut
dan tidak berasa lapar walaupun kerap membuang air besar!


Chow Geok Peng, 30 tahun
Kuala Terengganu
Saya menghidapi masalah sembelit selepas bersalin
Selepas mencuba GreenFit, saya boleh mengosongkan perut saya setiap pagi. Yang menakjubkan, saya telah 3 kali membuang koprostasis yang panjang iaitu selepas meminum GreenFit uncang ke 4, ke10, dan ke15!!!


Jamie Lim Lee Yong, 31 tahun
Pulau Pinang
Sekeluarga saya mengalami masalah sembelit. Anak perempuan saya yang berumur 4 tahun hanya membuang air besar beberapa hari sekali. Najisnya sangat keras dan akan menangis setiap kali membuang air besar.
Rasa GreenFit sangat enak, anak perempuan saya suka meminumnya. Dia tidak lagi sembelit, najisnya lembut dan mudah membuang. Masalah saya sekeluarga telahpun selesai.


Tan Dai Ning, 38 tahun
Bintangor, sarawak
Saya menghadapi masalah sembelit dan kegemukkan, 2 hari sekali baru membuang air besar
Hanya mencuba 1 uncang GreenFit, saya membuang air besar dalam jisim yang banyak pada keesokan harinya. Saya berasa amat selesa dan ringan. Selepas 3 minggu meminum GreenFit, berat badan saya telah bekurangan sebanyak 5kg dan lilitan perut telah menurun sebanyak 6 inci. GreenFit memang hebat!





Goh Teik Choo, 51 tahun
Pulau Pinang
Saya seorang penghidap kencing manis yang menghadapi masalah sembelit. saya berasa susah membuang air besar kerana najis keras dan hanya membuang air besar 4 hari sekali
Selepas mencuba GreenFit, saya tidak lag sembelit. Saya boleh membuang air besar dengan senangnya setiap hari.


Rozita Binti Othman, 43 tahun
Saya mengalami masalah sembelit yang agak teruk sejak sekolah menengah. Saya terpaksa mengambil ubat julap daripada doktor untuk mengatasi masalah ini.
Sejak meminum GreenFit, masalah sembelit saya telah diatasi. saya tidak lagi risau dan tidak perlu memakan ubat julap lagi. Malah saya sangat gembira kerana berat badan telah menurun sebanyak 5kg.


Norziah Binti Mohd Hutnai
, 33 tahun
Terengganu
GreenFit sungguh sedap, saya mebuang air besar sebanyak 3 kali sehari. Berat badan saya telah menurun sebanyak 7kg dalam masa 2minggu sahaja!




Wong Wai ling
, 33 tahun
Selangor
Rungsing kerana masalah sembelit serius dalam jangka masa yang bepanjangan
Saya sangat tertarik dengan rasa GreenFit. sedap! Selepas minum saya tidak berasa kembung perut, tidak berasa beban, senang dan mudah nya membuang air besar dengan kerap dan jumlah yang banyak.


Noor ashikin Jamaluddin 26 tahun
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Saya mengalami masalah sembelit selepas bersalin. Saya membuang air besar 2-3 hari sekali
Selepas mencuba GreenFit, saya boleh membuang air besar sebanyak 2-3 kali sehari dengan mudah, tanpa cirit birit, saya berasa segar berseri setiap hari!


Hiew Siok Huay, 37 tahun
Kuala Terengganu
Selepas meminum GreenFit, berat badan saya telah menurun sebanyak 2kg walau saya tidak mengawal pemkanan saya.


Fiona Mah, 20 tahun
Sibu sarawak
Saya menghidapi masalah sembelit serius sejak kecil. Saya hanya membuang air besar sebulan sekali!
Saya membuang air besar sebanyak 3kali pada keesokan harinya selepas meminum GreenFit. dengan GreenFit, saya tidak lagi menghidapi sembelit dan boleh membuang air besar dengan senangnya. Saya berasa amat gembira dan senang hati!


Hajah Sarbanun Binti Hj Masuot, 51 tahun
Sarawak
Koprostasis saya telah dibuang! lebih senang membuang air besar dan tidak perlu duduk lama ditandas. Sakit pinggang dan sakit belakang semakin berkurangan dan perut saya tidak berasa kembung sebab kerap membuan angin. Lenguh badan hilang dan berasa lebih bertenaga.


Wilhelmina janing, 27 tahun
Kota Kinabalu Sabah
Saya menghadapi masalah sembelit dan kerap berasa sakit perut. Selain itu kulit saya bertompok-tompok hitam dan selalu berasa lemah.
Selepas mencuba GreenFit, saya berasa segar dan sihat. Saya tidak berasa sakit perut selalu lagi dan berat badan telah menurun. Kulit pula semakin cerah berseri.

Gooi See Min, 18 tahun
Pulau Pinang
Saya bermasalah sembelit, dan 2-3 kali sehari baru buang air besar.
Selepas mencuba GreenFit, saya boleh membuang air besar setiap hari tanpa beban. GreenFit juga membantu menurunkan berat badan saya.

Halija Binti Wahab, 55 tahun
Terengganu
Setelah meminum GreenFit, masalah sembelit telah pun hilang. Bintik-bintik hitam pada muka semakin pudar dan menjadi lebih licin dan cerah. Berat badan saya pun makin menurun.


Siti Aishah Binti Mohd Nong, 27 tahun
Kuala Terengganu
Sembelit serius, seminggu buang sekali dan perlukan ubat julap.
Selepas mencuba GreenFit, saya amat berpuas hati. Ia membuat perut saya tidak lagi sakit perut, senag membuang air besar dan banyak dibuang, minyak makanan turut dibuang, jerawat pada muka sudahpun kering!


 

 



Pauline Wong, 58 tahun
Bintangor, Sarawak
Perut saya kembung dan selalu berasa tidak selesa
Selepas 3 minggu meminum GreenFit, perut saya sedikit kempis dan berat badan saya telah menurun sebanyak 4kg!


Sahida Shaari
, 19 tahun
Tanah Merah Kelantan
Selepas mencuba GreenFit, saya lebih senang membunag air besar, tidak perlu dipaksa-paksa dan minyak makanan juga dibuang


Phang Chiew Joon, 53 tahun
Kuching Sarawak
Pada hari ke 5 selepas meminum GreenFit, banyak najis hitam telah dibuang, berasa lebih selesa dan ringan, perut juga menjadi kempis sedikit.


Chua Hion Yong, 52 tahun
Kuching sarawak
GreenFit telah memberi saya perasaan yang puas membuang air besar. Saya boleh membuang air besar dengan senang dan banyak. Green Fit Makes Fit!


Elisabeth Tiong Guong Ming, 41 tahun
Bintangor, Sarawak
Saya membuang air besar 2-3 kali sehari. Perut saya kembung dan tiada selera makan.
Selepas meminum GreenFit, saya tidak lagi menghadapi masalah sembelit. Selepas 1 minggu meminum GreenFit, lilitan perut saya telah semakin mengecil. Saya berasa amat selera makan saya telah bertambah baik.




Juita hj Masuot, 47 tahun
Mukah Sarawak
Selepas meminum GreenFit, saya membuang air besar dengan banyaknya sehingga saya berasa ringan dan lega. Sistem penghadaman saya telah bertambah baik dan badan menjadi lebih Fit!


Aida Binti Tengah, 33tahun
Terengganu
Saya 2 hari sekali baru membuang air besar, najis saya berbiji-biji.
Selepas meminum GreenFit, saya boleh membuang 3 hingga 4 kali air besar sehari. Perut saya sudah kempis!


Mariatun Binti Mustaffa
, 42 tahun
Kuala Terengganu
Selepas mencuba GreenFit, saya berasa segar, bersemangat, dan tidak lagi berasa letih dan lenguh badan.


Maheran Binti Yusof, 47 tahun
Kuching Sarawak
Selepas meminum GreenFit, saya lebih senang membuang air besar, perut tidak sebu, dan badan berasa ringan!


Fatimah Binti Ngah, 47 tahun
Kuala Terengganu
Selepas meminum GreenFit, saya tidak berasa sakit perut dan tidak berlaku cirit birit. Dengan senangnya saya membuang 2 kali air besar dalam jisim yang banyak pada keesokan harinya.


Wan Aishah Tayib, 34 tahun
Kedah
Saya menghadapi masalah sembelit serius, 1 minggu baru sekali membuang air besar dan perut saya selalu kembung.
Selepas meminum GreenFit, masalah sembelit telah diatasi dan perut saya tidak kembung lagi.


 
 
Hubungi Syahrill di talian 012-6574273 untuk:-
Oder / pertanyaan / pek percubaan


Selasa, 14 Januari 2014

Amalan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W.

12 Rabiulawwal 1435 Hijrah


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat

Rabu, 21 Ogos 2013

MASAK LEMAK CILI PADI SARDEN DENGAN BELIMBING


Nak keluar rumah asyik hujan jer...dari pagi hingga tengahari hujan. So nak masak apa ek tengahari ni. Buka peti ais stok makanan cam x best jer. Buka almari ternampak King Cup....sardin. Kalau masak sardin masak sos, masak tumis or masak asam tu kiranya dah jemulah kan...so teringat nak makan masak lemak cili padi. Wah lagi best kalau masukkan buah belimbing yang sedang mekar kat atas pokok yang di basahi hujan....sedap siut...makan nasi tengahari ni....

Nah ini resepi utk di kongsi...


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardin jenama pilihan anda (King Cup)
12 biji belimbing buluh
3 batang serai, dititik
200 ml pati santan
700 ml santan cair
1 helai daun kunyit, disiat
1 kiub ikan bilis (optional)
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
15-20 biji cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Asingkan ikan sardine dari sosnya (cm amik 4 camca besar sos dari ikan sardine tadi). Belimbing buluh dicuci, buang sedikit hujung dan pangkalnya, kemudian belah dua tapi tak putus untuk setiap biji belimbing.

2. Masukan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai titik, kiub ikan bilis (jika guna), asam gelugor dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Perlahankan api, masukkan ikan sardine dan 4 camca besar sos dari ikan sardine tadi. Kacau rata dan masak sekejap.

3. Tuang santan pekat dan masukkan belimbing. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil. Masukkan daun kunyit perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matika api. Boleh hidangkan bersama nasi panas...