Berakhirnya Asar 27 Julai 2014 bersamaan 29 Ramadhan 1435 H, maka muncullah Maghrib. Suara Bilal berkumandang di angkasa melaungkan azan. Lima minit selepas itu, terdengar pula Takbir Raya dari radio mengesahkan bahawa 1 Syawal 1435 telah bermula. Bagai bergenang air mata kegembiraan, Syawal tahun ini membawa kebahagiaan buat diriku dan ayah kerana semua anak, menantu dan cucu berada di kampung bagi meraikan Raya Aidilfitri tahun ini.
4 jam sebelum waktu Asar, aku dan ayah telah mengorbankan 5 ekor ayam peliharaan @ ayam kampung. Memang setiap kali anak menantu ayah balik, pastilah ayam peliharaan ini akan menjadi korban. Alhamdulillah, mati dengan kalimah Allah.
Lima ekor ayam peliharaan disembelih dengan kalimah Allah, untuk santapan di Aidilfitri. |
28 Julai 2014 bersamaan 1 Syawal 1435H, seawal 0530 pagi lagi aku sudah bangun menggerakkan keluarga, isteri dan anak-anak. Ternyata mak sudah sedia di dapur lebih awal dari aku. Begitulah mak, jika anak, cucu, menantu balik di cerok dapurlah tempatnya memasak menu yang menarik serta menu yang menjadi kegemaran anak-anaknya.
Selesai memandikan anak-anak dengan niat "Sahaja aku mandi sunat aidilfitri kerana Allah Ta'ala" maka aku bawa semua anak dan anak lelaki aku ke masjid. Makin cantik masjid Bukit Chabang ini. Banyak juga kereta kat sini, ini bermaksud ramai lah orang bandar yang pulang ke kampung halaman.
Masjid Bukit Chabang yang telah di rasmikan oleh Raja Muda Perlis pada Ramadhan 1435H. Tahniah. |
Sebelum solat Aidilfitri, Imam Tua, Pak Long Man telah mengumumkan bahawa pada tahun ini, University Malaysia Perlis UNIMEP telah berbesarhati untuk memberi duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir di masjid. Memang langkah kanan lah aku bawa Syakir, Syamil dan Solihin. Lepas jer Khutbah maka berbarislah mereka bertiga untuk bersalaman dengan Tok Imam Tua untuk mengambil duit raya. Terima kasih UNIMEP dan Pak Long Man.
Syakir terima duit raya dari Tok Imam. |
Syamil bersalaman dengan Tok Imam |
Solihin bersalaman dgn Tok Imam untuk terima duit Raya. |
Setelah selesai solat dan penerimaan duit raya, aku bawa ayah, mak dan anak-anak semua ke Tanah Perkuburan Islam untuk menziarahi pusara Tok dan Tok Wan di sana. Nampaknya semakin banyak pusara telah disemadikan di sini berbanding tahun lepas. Al- Fatihah untuk semua penghuni pusara di Bukit Chabang.
Sedekah Al Fatihah untuk penghuni Kubur Bukit Chabang. |
Pusara Arwah Tok Nab, Mak Piah(menantu) Ayah, Ujang(cucu menantu) Solihin,Syamil dan Syakir(cicit) sedang mendoakan dan sedekahkan Fatihah dan 3 Khul. |
Tiga orang cicit yang tidak pernah melihat jasad Tok Nek Zainab sedang mendoakan di atas pusara. Moga Arwah bersama orang yang beriman. |
Pusara Arwah Tok Wan Lipah(Khalifah Yahya) sedang mendoakan kesejahteraan arwah Syahriman(cucu) dan cicit-cicit Arwah. |
Selesai mendoakan arwah, aku kembali ke rumah. Suasana hari Raya pun bermula. Mee Kari, dan juadah kuih muih siap terhidang untuk menjamu selera. Anak-anak berbaju cantik, riang ria di hari lebaran.
Dari kiri Syamil, Syakir, Solihin, Ain dan Along siap berbaju raya warna-warni. |
Riuh rendah kehadiran sanak saudara di pagi hari, Keluarga sebelah Mak Lang Ajar, Keluarga Pak Su Johari dan Wa Milah menjadikan rumah aku sebagai destinasi yang pertama. Penuh rumah sambil menjamu selera serta cerita-cerita silam yang mengembirakan semua.
Ini keluarga sebelah Mak Lang Ajar. Mail, Syawal dan isteri Mail. |
Selesai menjamu selera, aku merakamkan gambar kenangan bersama sepupu aku. Anak Mak Lang Ajar. Masing-masing bersama isteri dan anak-anak...yang menariknya semua yang ada dalam gambar ini menetap di Selangor dan Kuala Lumpur. Semuanya di perantauan. Alhamdulillah dapat pulang ke desa permai, Bukit Chabang.
Gambar Kenangan berlatar belakangkan Bukit Chabang. |
Menu Bihun Goreng Tom Yam, sedap. Tukang masaklah katakan. |
Rumah ketiga adalah rumah Wa Milah. Setiap tahun pasti Wa Milah masak LonTong. Sedap bangat Wa Milah memang pakar dalam sajian Lontong. Tukanag masak juga ni.
Inilah keluarga bahagia aku. |
Di kesempatan ini ku menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, terguris perasaan semasa kalian membaca blog ini.
Amin.
#Syahrill Syawal 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan