Rabu, 21 Ogos 2013
MASAK LEMAK CILI PADI SARDEN DENGAN BELIMBING
Nak keluar rumah asyik hujan jer...dari pagi hingga tengahari hujan. So nak masak apa ek tengahari ni. Buka peti ais stok makanan cam x best jer. Buka almari ternampak King Cup....sardin. Kalau masak sardin masak sos, masak tumis or masak asam tu kiranya dah jemulah kan...so teringat nak makan masak lemak cili padi. Wah lagi best kalau masukkan buah belimbing yang sedang mekar kat atas pokok yang di basahi hujan....sedap siut...makan nasi tengahari ni....
Nah ini resepi utk di kongsi...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardin jenama pilihan anda (King Cup)
12 biji belimbing buluh
3 batang serai, dititik
200 ml pati santan
700 ml santan cair
1 helai daun kunyit, disiat
1 kiub ikan bilis (optional)
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
15-20 biji cili padi kampung
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Asingkan ikan sardine dari sosnya (cm amik 4 camca besar sos dari ikan sardine tadi). Belimbing buluh dicuci, buang sedikit hujung dan pangkalnya, kemudian belah dua tapi tak putus untuk setiap biji belimbing.
2. Masukan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai titik, kiub ikan bilis (jika guna), asam gelugor dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Perlahankan api, masukkan ikan sardine dan 4 camca besar sos dari ikan sardine tadi. Kacau rata dan masak sekejap.
3. Tuang santan pekat dan masukkan belimbing. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil. Masukkan daun kunyit perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matika api. Boleh hidangkan bersama nasi panas...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan