Ahad, 5 Mei 2013

Amalan Selepas Fardhu Subuh

Assalamualaikum,

Sedang saya membuat semakan email akaun yahoo, saya telah terbaca satu email dari rakan saya yang bernama Shahrizal Ikhmal Jamil. Bila saya baca saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian di samping saya juga cuba untuk membuat amalan ini.

Selepas Fardhu Subuh
Ar-Rahiim
ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ
Ya-Rahmaan-Nu-Ya-Rahiim
(Berulang 100X)
Barang siapa yang  mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan-nu-Ya-Rahiim” 100 kali selepas solat subuh, setiap orang akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan.
Ya-‘Aziz
ﺍﻟﻌﺯﻴﺯ
(Berzikir 40X Setiap hari
selama 40 hari)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Aziz” 40 kali tiap-tiap hari selama 40hari dan sebaik-baiknya selepas solat subuh, insyallah dirinya di kayakan dan di muliakan Allah dan tidaklah dia mengharapkan hajat kepada seseorang daripada makhluknya.  Sebaik-baiknya selepas solat subuh.
Al-Fattaah
ﺍﻟﻓﺗﺎﺡ
(Berzikir 71X)
Barang siapa berzikir “Ya-Fattaah” 71 kali tiap-tiap lepas solat subuh dan menadahkan tangannya ke atas, insyallah bersih dan bercahaya hatinya, mudah pula pekerjaannya dan terhindar hatinya daripada perasaan cintakan dunia.
Ya-Majiid
ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ
(Berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Majiid” 99 kali setiap hari selepas solat subuh, lalu ditiupkannya kepada kedua-dua tangannya dan  di sapukannya kedua-dua tangannya itu ke mukanya insyallah lahir kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 62X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataannya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 99 kali selepas solat subuh, kemudian di tiupkannya pada kedua-dua tangannya lalu di sapukan ke mukanya, insyallah dirinya di muliakan, di bantu urusan hidupnya dan wajahnya bersih berseri.


Insyallah, selamat beramal. Semoga menjadi amalan buat semua.

Khamis, 4 April 2013

Mengingati Ibu Bapa Sepanjang masa

Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa.
Jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim hingga kita
dilahirkan begitu besar. Mereka bertanggungjawab mencari nafkah dan
mendidik kita hingga dewasa.


Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi
mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak. Kepayahan dan
pengorbanan ibu bapa mendidik dan membesar anak sekurang-kurangnya dalam
tiga keadaan, ketika mengandung, saat melahirkan dan dari kecil sehingga
dewasa.




Marilah kita merenung kembali wajah terindah ibu bapa kita, mungkin ada
antara kita ibu bapanya telah pergi buat selama-lamanya dan mungkin ada
yang masih lagi bersama. Cuba kita hayati wajah yang telah kedut ditelan
usia, namun tetap tersimpul senyuman menggambarkan kasih sayang.
 

Menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika kedua-duanya masih hidup, tetapi
berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Ingatlah
wahai muslimin sekalian bahawa kasih ibu bapa kepada anak berpanjangan
sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang malam, hanya tahu
memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada anak.
 

Apa yang kita miliki hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan
keluarga kita adalah hasil daripada pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita
tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita
tidak akan memiliki semua ini.


Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat
baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada
anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.


Tidak dapat dinafikan kasih sayang seorang ibu mengatasi segala-galanya.
Tidak hilang di hati seorang ibu perasaan rindu terhadap anaknya walaupun
sesaat, kadang kala ibu tidak dapat menyuap makanan, melelapkan mata dan
ada kala tergenang air mata kerana teringatkan anaknya.
 


Rebutlah kesempatan yang ada ketika hidup sebelum mereka pergi buat
selama-lamanya. Hari ini, ada dalam kalangan anak yang sibuk dengan
jawatan, mengejar kuasa dan pangkat tiada masa menziarahi ibu bapa walaupun
kepulangannya sentiasa dinantikan penuh kerinduan. Ingatlah menziarahi ibu
bapa satu tuntutan kepada seorang anak.


Anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah,
kita luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu,
jika sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Oleh itu, wajarlah Allah SWT
memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya.


Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa, namun persoalannya kini, bagaimana
pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta
pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Inilah persoalan perlu direnung
kita semua sebagai anak, sudahkah menunaikan kewajipan terhadap ibu.


Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, beliau pernah
bertanya Rasulullah SAW amalan paling utama. Baginda bersabda: Solat pada
waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda:
Berbakti kepada kedua ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi?
Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah.”


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga jenis manusia yang terkena
laknat Allah SWT iaitu: seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang
yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian selepas isteri
itu dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha
supaya orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya
dengan hasutannya.” (Hadis riwayat Ad Dailami)


Imam Bukhari meriwayatkan, Abdullah bin Amru bin al-‘As bertanya Rasulullah
SAW mengenai dosa besar. Sabda Baginda: “Antara dosa besar ialah seorang
lelaki mencerca ibu bapanya. Tanyanya lagi: Wahai Rasulullah! Adakah akan
berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Jawab Nabi SAW: Ya.
Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu
memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun
ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.”

Ambillah iktibar dalam cerita si tanggang, seorang anak yang melupai ibunya
dan durhaka selepas mendapat kedudukan yang tinggi akibatnya si anak itu
diberi balasan oleh Allah SWT di dunia ini.


Menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika keduanya masih hidup, tetapi
berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Roh orang
mati tetap hidup di sisi Allah. Setiap hari amalan kita diangkat ke langit
dan segala amalan itu dipertontonkan kepada roh ibu bapa kita.




Marilah bersama menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu setiap masa.
Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah dan wang
ringgit bahkan seluruh jiwa dan raga. Jangan biarkan mereka kesepian dengan
linangan air mata yang sayu lagi pilu.


Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu bapa di sepanjang
kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa tertentu saja. Ambillah
kesempatan yang ada ini untuk menyayangi mereka.

Wassalam.
 
Syahrillizam Zakariya,
Aparment BNM
Subang Jaya.
April 2013

Sabtu, 9 Mac 2013

Kejohanan Badminton JKS 2013


Pada 9 Mac 2013, berlangsungnya Kejohanan Badminton JKS 2013 bertempat di Gelanggang Badminton Ibupejabat Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur. Seramai 15 pasangan beregu mengambil bahagian dalam kejohanan ini bagi merebut Piala Pusingan Sumbangan Encik Anuar Jaafar.
Kejohanan Badminton JKS di Gelanggang Badminton BNM KL

Pada peringkat saringan pertama, beregu yang memenangi perlawanan akan diletakkan dalam kumpulan yang menang manakalah beregu yang kalah akan diletakkan dalam kumpulan yang kalah. Kumpulan menang terdiri daripada :-
1) Shahrizal Ikhmar dan Muhamad Hamidi
2) Shahkry dan Shahrizal Hantar
3) Mohd Yaser dan Azuan Pi Ramli
4) Shah Budin dan Asrizal Osman
5) Lokman Hakim dan Hasyrul Amika
6) Reza Ramli dan Nazri Yazid
7) Wan Mohd Kamal dan Abdul Salam
8) Mohd Nazari dan Jafri Yang Ghazali
Pasangan Shahrizal Ikhmar dan Mohd Hamidi yang layak ke kumpulan menang.
Pasangan Regu yang handal dari Data Center

Kumpulan kalah adalah seperti berikut:-
1) Ahmad Dahuri dan Ravi
2) Abdul Malek dan Muhamad Razali
3) Baharom dan Wan Mohd Rosli
4) Abu Hassan dan Shahrum Magini
5) Azmi Muhammad dan Siva Kumar
6) Kamaruddin Tahir dan Ahmad Syawal
7) Khairi Ithnin dan Mohd Zeinal

Gandingan Tuan Dahuri dan Ravi

Tuan Zainal dan Mohd Khairi Ithnin bergandingan kumpulan Kalah
Kumpulan Menang yang berentap di peringkat akhir.


Kejohanan ini berlangsung dengan penuh semangan kesukanan. Ramai para penonton yang turut hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan pada tahun ini. Terima kasih di ucapkan kepada Tuan Pengurus Mohd Ridzuan Ahmad Hariri yang turut sama hadir memberi semangat. Malah beliau turut sama beraksi mewakili Mohamad Razali yang tidak dapat meneruskan perlawanan kerana masalah kesihatan.
Tuan Abu Hasan Al Shaari sedang mempertahankan kejuaraan
Pantang rebah sebelum kalah.
Pasangan Regu yang serasi...membawa kepada Juara.


Antara para penonton yang hadir.

Keputusan Kejohanan adalah seperti berikut:-

1) Pasukan Menang
     Juara : Pasangan beregu Shahkry dan Shahrizal Hantar
     Kedua : Pasangan beregu Mohd Nazari Ramli dan Jafri Yang Ghazali
     Ketiga : Pasangan beregu Mohd Yaser dan Azuan Pi Ramli
     Keempat : Pasangan beregu Lokman Hakim dan Hasrul Amika


Johan Badminton JKS 2013 Pasukan Menang
Naib Johan Badminton JKS 2013 Pasukan Menang
Ketiga Badminton JKS 2013 Pasukan Menang
Keempat Badminton JKS 2013 Pasukan Menang, wakil.
2) Pasukan Kalah
Juara : Pasangan beregu Ahmad Dahuri dan Ravi
Kedua : Pasangan beregu Azmi Mohamad dan Siva Kumar
Ketiga : Pasangan beregu Baharom dan Wan Mohd Rosli
Keempat : Pasangan beregu Khairi Ithnin dan Mohd Zeinal
Johan Badminton JKS 2013 Pasukan Kalah
Naib Johan Badminton JKS 2013 Pasukan Kalah
Ke Tiga Badminton JKS 2013 Pasukan Kalah
Ke Empat Badminton JKS 2013 Pasukan Kalah


Penyampai hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengurus Mohd Ridzuan Ahmad Hariri. Tahniah kepada semua para pemain, bagi yang kalah boleh cuba lagi di tahun mendatang. Jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa Penganjur yang bertungkus lumus bagi menjayakan kejohanan ini. Majulah sukan untuk Jabatan Keselamatan.
Ahlijawatan Kuasa yang terlibat menjayakan kejohanan ini.
Berikut adalah gambar-gambar kenangan yang sempat di rakam oleh lensa kamera saya semasa kejohanan Badminton JKS 2013. Saksikanlah:-
Kenangan bersama pasukan Johan

Berehat sebentar menunggu giliran untuk bertarung kembali

Kenangan M. Razali bersama Pengurus Tuan Ridzuan

Kenangan EN. Mohd Yasser bersama Pengurus Tuan Ridzuan.

Gambar Kenangan bersama Juara 2013

Kenangan Abadi Kejohanan Badminton JKS 2013
Hip,...hip..Horeyyyy....jumpa lagi


Jumpa lagi, insyallah.


Rencana : Syahrillizam Zakariya
Foto : Syahrillizam Zakariya dan Mohamed Razali Hj Yusof



Isnin, 25 Februari 2013

Bibir Wanita Menawan Pilihan Lelaki

Salah satu hal yang penting dalam menilai kecantikan seorang wanita adalah bibirnya. Laki-laki tentu saja akan lebih suka bibir wanita yang merah bak delima, lembut dan kenyal, daripada bibir yang hitam, kasar dan merekah.
Bibir yang mana satu pilihan lelaki.
Memiliki bibir yang sihat, mekar bak delima atau warna bibir merah merupakan impian semua wanita. Bagi memiliki bibir yang cantik ramai wanita yang akan menggunakan lipstik bagi menampilkan bibir yang menarik. Sebenarnya penggunaan lipstick semata-mata juga adalah penyebab bibir menjadi hitam dan merekah atau pecah-pecah. Sebagai contoh, lihat wanita-wanita yang biasa menggunakan lipstik, dan cuba perhatikan ketika dia tidak memakai lipstik, bibir akan terlihat pucat dan menghitam.
Bibir mekar bak delima.
Bibir menawan dapat menyerlahkan keyakinan seseorang wanita. Salah satu cara terbaik menjaga bibir adalah dengan TIDAK menjilat bibir terlalu kerap dengan lidah dan elakkan daripada mengigit bibir. Minum air secukupnya. Gunakan balm bibir yang TIDAK mengandungi alkohol ataupun asid. Cucilah bibir dengan sempurna.
Bibir menawan menyerlahkan keyakinan
Untuk menjaga kesihatan bibir, Mary Kay menawarkan produk berikut yang mudah digunakan:-

1) Bagi mencuci lipstik atau lipglos, bersihkan bibir dengan menggunakan Make Up Remover yang tidak mengandungi alkohol dan minyak.

2) Jangan menonyoh bibir ketika membuang mekap, lapkan sahaja dengan lembut.

3) Dua atau tiga kali seminggu, cucilah bibir dengan exfoliator untuk bibir. Mary Kay menawarkan Masker untuk bibir. Cara menggunakannya mudah sahaja dan tidak memakan masa yang lama. Hanya sapu sedikit masker ke bibir dan tapakannya selama 2 minit. Kemudian basahkan jari dan sapu hujung jari ke bibir dengan gerakan membulat bagi menyingkirkan sel kulit bibir mati. Kemudian bilas dengan air. Amalan menggosok bibir dengan menggunakan berus gigi sebelum tidur dapat juga menanggalkan sel mati.

Masker untuk bibir


4) Gunalah 
balm untuk bibir bagi memastikan bibir tidak merekah, pecah dan berdarah.
Jika kulit bibir terkopek, sapukan mask. Elakkan dari menggentelnya atau menariknya kerana ini akan menyebabkan kulit bibir yang sihat ikut sama tertarik dan menjadi rosak. Mask akan membantu menanggalkan kulit bibir yang terkopek itu dengan lembut tanpa merosakkan kulit bibir yang baik.
 
5) Gunalah 'creme' lipstik yang bervitamin atau yang mengandungi SPF untuk penjagaan sepanjang hari. Bagi menjadikan gincu tahan lebih lama, ratakan sedikit concealer ataupun bedak asas pada bibir. Gunakan penggaris bibir dan warnakan bibir dengannya sebelum menyapu gincu bibir sepenuhnya. Selain itu, concealer dapat juga menutup cela pada bibir dan melukis bentuk bibir yang diinginkan.

Warna lipstik yang menarik

6) Warna gincu boleh juga dicampurkan pada bibir bagi menghasilkan rona yang unik. Idea ini dapat membantu 'menyelamatkan' warna gincu yang kurang menyerlah.

7) Sapuan lip gloss di bahagian tengah bibir atas dan bawah dapat memberi ilusi bentuk bibir yang mungil dan segar. Elak menyapu seluruh bibir dengan lip gloss kerana bibir akan kelihatan berminyak.

Bagi yang ingin mencuba produk bibir ini secara percuma boleh hubungi saya 012-6574273. Saya akan perkenalkan dengan perunding kecantikan bebas Mary Kay.