Salah satu hal yang penting dalam menilai kecantikan seorang wanita adalah bibirnya. Laki-laki tentu saja akan lebih suka bibir wanita yang merah bak delima, lembut dan kenyal, daripada bibir yang hitam, kasar dan merekah.
Bibir yang mana satu pilihan lelaki. |
Memiliki bibir yang sihat, mekar bak delima atau warna bibir merah merupakan impian semua wanita. Bagi memiliki bibir yang cantik ramai wanita yang akan menggunakan lipstik bagi menampilkan bibir yang menarik. Sebenarnya penggunaan lipstick semata-mata juga adalah penyebab bibir menjadi hitam dan merekah atau pecah-pecah. Sebagai contoh, lihat wanita-wanita yang biasa menggunakan lipstik, dan cuba perhatikan ketika dia tidak memakai lipstik, bibir akan terlihat pucat dan menghitam.
Bibir mekar bak delima. |
Bibir menawan menyerlahkan keyakinan |
Untuk menjaga kesihatan bibir, Mary Kay menawarkan produk berikut yang mudah digunakan:-
1) Bagi mencuci lipstik atau lipglos, bersihkan bibir dengan menggunakan Make Up Remover yang tidak mengandungi alkohol dan minyak.
2) Jangan menonyoh bibir ketika membuang mekap, lapkan sahaja dengan lembut.
1) Bagi mencuci lipstik atau lipglos, bersihkan bibir dengan menggunakan Make Up Remover yang tidak mengandungi alkohol dan minyak.
2) Jangan menonyoh bibir ketika membuang mekap, lapkan sahaja dengan lembut.
3) Dua atau tiga kali seminggu, cucilah bibir dengan exfoliator untuk bibir. Mary Kay menawarkan Masker untuk bibir. Cara menggunakannya mudah sahaja dan tidak memakan masa yang lama. Hanya sapu sedikit masker ke bibir dan tapakannya selama 2 minit. Kemudian basahkan jari dan sapu hujung jari ke bibir dengan gerakan membulat bagi menyingkirkan sel kulit bibir mati. Kemudian bilas dengan air. Amalan menggosok bibir dengan menggunakan berus gigi sebelum tidur dapat juga menanggalkan sel mati.
Masker untuk bibir |
4) Gunalah
balm untuk bibir bagi memastikan bibir tidak merekah, pecah dan berdarah.
Jika kulit bibir terkopek, sapukan mask. Elakkan dari menggentelnya atau menariknya kerana ini akan menyebabkan kulit bibir yang sihat ikut sama tertarik dan menjadi rosak. Mask akan membantu menanggalkan kulit bibir yang terkopek itu dengan lembut tanpa merosakkan kulit bibir yang baik.
5) Gunalah 'creme' lipstik yang bervitamin atau yang mengandungi SPF untuk penjagaan sepanjang hari. Bagi menjadikan gincu tahan lebih lama, ratakan sedikit concealer ataupun bedak asas pada bibir. Gunakan penggaris bibir dan warnakan bibir dengannya sebelum menyapu gincu bibir sepenuhnya. Selain itu, concealer dapat juga menutup cela pada bibir dan melukis bentuk bibir yang diinginkan.
Warna lipstik yang menarik |
6) Warna gincu boleh juga dicampurkan pada bibir bagi menghasilkan rona yang unik. Idea ini dapat membantu 'menyelamatkan' warna gincu yang kurang menyerlah.
7) Sapuan lip gloss di bahagian tengah bibir atas dan bawah dapat memberi ilusi bentuk bibir yang mungil dan segar. Elak menyapu seluruh bibir dengan lip gloss kerana bibir akan kelihatan berminyak.
Bagi yang ingin mencuba produk bibir ini secara percuma boleh hubungi saya 012-6574273. Saya akan perkenalkan dengan perunding kecantikan bebas Mary Kay.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan