Selasa, 29 Disember 2015

Hadiahkan Al Fatihah

Assalamualaikum... jom amalkan& kongsi
HADIAHKAN AL FATIHAH


Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selepas solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan .-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

Selasa, 24 November 2015

Tip Mengelak Gemuk

Di usia yang muda ini, selera makan serta makan dengan banyak adalah normal. Maka, apabila terlebih makan, akibatnya berat badan akan bertambah malah mudah betul naik serta masalah kegemukan akan timbul.

Beberapa tip yang boleh diamalkan bagi tujuan elak terlebih makan:-

1) Berkongsi makanan
Berkongsi makanan dengan rakan-rakan atau dengan ahli keluarga. Malah makanan akan terasa nikmatnya apabila ia dapat dikongsikan bersama. Teringat waktu bulan Ramadhan masa kecil-kecil dahulu. Makan moreh dalam talam berkongsi makan dengan empat orang yang lain. Makanan terasa sungguh enak dan sedap. Berkongsi makan ini adalah satu bonus bagi yang ingin mengelakkan makan berlebihan.

2) Guna piring bersaiz kecil
Piring yang besar menjadikan kita tamak dan berusaha untuk memenuhkan piring tersebut. Akibatnya semasa makan kita akan berusaha untuk menghabiskan makanan tersebut sekaligus membuatkan kita makan dengan banyak. Jadi memilih piring yang kecil membuatkan kuantiti makanannya sedikit meskipun dilihat seperti sudah banyak.

3) Gelas
Jangan tergoda minuman dalam gelas yang besar kecuali minum air putih

3) Elakkan minuman manis
Sebaiknya minum air masak (air putih), air mineral, teh atau jus segar tanpa gula ketika makan. Ini kerana jika kita minum minuman yang manis, kalori dalam bentuk minuman lebih sukar dikawal berbanding kalori dalam makanan. Kalori dalam bentuk minuman amat mudah diserap oleh tubuh.

4)

Isnin, 22 Jun 2015

Hukum Bersetubuh Dengan Isteri Di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, bulan Ramadhan menjelma lagi. Syukur kerana saya dan pembaca blog saya masih mampu bernafas dan masih mampu menunaikan ibadah Puasa Wajib di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Firman Allah SWT, dalam surah Al-Baqarah, ayat 187:




Dari Abu Hurairah r.a, bahawa seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan berkata:
"Celakalah saya wahai Rasulullah "

Rasulullah bertanya: "Apakah yang mencelakakan kamu?"

Dia menjawab: "Saya telah melakukan bersetubuh dengan isteri saya pada siang hari di bulan Ramadhan."

Lalu Rasulullah bertanya: "bolehkah kamu mencari seorang hamba untuk dibebaskan?"

Lelaki itu menjawab: "Tidak!"

Rasulullah bertanya lagi: "Bolehkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?"

Lelaki itu menjawab: "Tidak! "

Rasulullah bertanya lagi: " Bolehkah kamu memberi makan kepada enam puluh (60) orang miskin?"

Lelaki itu tetap menjawab: "Tidak! "

Kemudian lelaki itu duduk dan di bawa kepada Nabi Shallahu'alaihi wasallam sebakul buah tamar.

Rasulullah berkata: "Sedekahkanlah buah tamar ini"

Lelaki itu menjawab: "Adakah yang lebih miskin dari kami? Tidak ada yang lebih miskin di antara dua lembah Madinah ini melainkan keluarga saya"

Mendengar yang demikian Nabi Shallahu'alaihi wasallam ketawa sehingga nampak gigi Baginda.

Lalu Baginda bersabda:
"Pergilah dan berilah makan keluarga kamu (dengan tamar ini)." Hadis Sahih, di diwayatkan Burkhari dan Muslim.

Bilakah suami isteri boleh bersetubuh. Sudah tentunyalah perkara tersebut di lakukan di luar waktu berpuasa iaitu di malam hari. Persoalan yang timbul adalah, waktu manakah yang sesuai untuk mandi junub? Apakah puasa terbatal jika tidak mandi junub setelah azan subuh atau setelah tamat waktu imsak?

Ahad, 22 Februari 2015

Jenis Sakit Kepala

99 peratus daripada masyarakat pasti mengalami sakit kepala yang kerap atau sekali dalam kehidupan mereka. Maka usahlah kita memandang remeh dengan sakit kepala ini. Sakit kepala bukan petanda sakit kepala sahaja, bahkan jika tidak dirawat boleh membawa kepada penyakit-penyakit yang tidak dapat dijangkakan.

Mengetahui jenis sakit kepala anda adalah langkah pertama dalam membantu anda mengawal sakit kepala. Dalam pembacaan saya dari majalah Keluarga, artikel yang ditulis oleh Doktor Shalina Bhaskar, Pakar Neurologi Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara menyatakan bahawa sakit kepala di kelaskan kepada dua kategori iaitu sakit kepala Prima (awal) dan sakit kepala Sekunder (pertengahan).

SAKIT KEPALA PRIMA (AWAL)

Sakit kepala ini sungguh mudah terjadi kepada seseorang sebagai contoh adalah maigrain dan stres (sakit kepala di sebabkan tekanan atau serabut).Sakit kepala kategori ini biasanya datang dan pergi mengikut cara perawatannya. Paling senang merawat adalah mengenakan minyak cap kapak, minyak kayu putih dan sebagainya serta mengenakan urutan ringan sahaja boleh melegakan sakit kepala ini.

Sakit kepala maigrain agak memeritkan. Kepala akan berasa berdenyut-denyut dalam beberapa jam dan boleh sampai seharian. Kaum hawa paling kerap mendapat sakit kepala maigrain ini. Apakah sintom-sintom sakit kepala jenis ini?
1) penglihatan menjadi tidak jelas atau kabur.
2) apabila melihat objek yang bercahaya kelihatan objek itu seperti berkelip-kelip.
3) denyutan sakit pada bahagian sebelah kepala sahaja.
4) rasa mual-mual, loya dan boleh mengakibatkan muntah angin atau air.
5) cepat naik angin atau perasaan marah.

Sakit kepala stres atau tekanan amat mudah berlaku tidak kira lelaki atau wanita. Perkara ini adalah berkait rapat dengan persekitaran dan gaya hidup seseorang. Denyutan sakit kepala berlaku di mana-mana sahaja bahagian kepala dan menyebabkan ketidak selesaan kepada seseorang. Apakah sintom-sintom sakit kepala jenis ini?
1) sakit kepala yang berlarutan berhari-hari.
2) gangguan kepada tidur dan tidak nyenyak.
3) rasa leher mengeras dan tegang serta sakit leher.
4) semangat untuk melakukan sesuatu perkara kurang.
5) cepat marah dan naik angin.

Sakit kepala Berkelompok atau Kluster. Kaum adam sering mengalami sakit kepala jenis ini. Biasanya berlaku sesekali sahaja. Tetapi jika berlaku lambat untuk reda sehinggalah tempoh kluster berakhir yang boleh sampai 12 minggu lamanya. Apakah sintom-sintom sakit kepala jenis ini?
1) sakit di alami di salah satu mata.
2) bahagian mata dan hidung menjadi merah, bengkak dan berair.
3) perasaan kegelisahan tak keruan.

Sakit kepala berbalik atau reboun. Ianya juga di kenali sebagai sakit kepala ubat berlebihan dan boleh muncul setiap hari.Saki kepala ini terjadi akibat penggunaan atau pengambilan ubat penahan sakit secara berulang. Apakah sintom-sintom sakit kepala jenis ini?
1) sakit kepala di awal pagi.
2) kesakitan yang berbeza-beza setiap hari.
3) mengalami loya.
4) perasaan bimbang.
5) cepat marah dan naik angin.
6) tidak dapat tidur nyenyak.

SAKIT KEPALA SEKUNDER (PERTENGAHAN)

Sakit kepala jenis ini jarang berlaku dan sekiranya berlaku boleh mengancam nyawa seseorang. Ini kerana seseorang yang menghidapi sakit kepala ini boleh kena sawan atau kelemahan pada anggota badan atau lumpuh, ketidakstabilan semasa berjalan kaki, demam, kejang leher dan sebagainya. Sakit kepala ini adalah serius kerana ia kerap dikaitkan dengan masalah keabnormalan saluran darah atau tumor otak, jangkitan atau penyakit radang. Jangan ambil lewa sakit kepala ini dapatkan ubat yang disyorkan oleh doktor.

Isnin, 12 Januari 2015

Trade-in Skim Insentif Pengguna

KUALA LUMPUR 12 Jan 2015. - Pemilik kereta berusia lebih 10 tahun kini boleh mendapatkan rebat sehingga RM5,000 untuk membeli kereta baharu, menerusi skim terbaharu yang dijangka diperkenalkan tahun ini.

Malah, skim ‘trade-in’ yang dinamakan Skim Insentif Pengguna itu membolehkan pengguna membeli sebarang jenama kereta daripada syarikat pengeluar peralatan tulen (OEM) tempatan, meskipun kereta yang mahu dilupuskan itu berlainan jenama.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, perbincangan bagi menjayakan skim itu sedang berada di peringkat akhir dan berpotensi untuk dilaksanakan seawal Mac ini.

Selain membabitkan kereta berusia lebih 10 tahun katanya, skim itu juga dijangka terbuka kepada pemilik-pemilik kereta yang terbabit dalam bencana banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Pantai Timur ketika ini.

“Skop untuk mangsa banjir (pemilik kereta) ini baharu sahaja dibincangkan untuk menjadi sebahagian daripada skim ini. Apapun, skim ini masih perlu mendapat kelulusan kerajaan dan juga pengeluar kereta yang akan menilai prospek pelaksanaan skim tersebut.

“Ketika ini, kedua-dua pihak memberikan respon yang baik, dan kepada pengguna skim ini bukan merupakan paksaan,” katanya kepada pemberita selepas Kajian dan Prospek Industri Automotif Malaysia 2014/2015 di sini hari ini.

Tambah Mohamad Madani, skim pelupusan kereta itu pernah diperkenalkan pada 2009 namun hanya membabitkan kereta jenama Proton dan Perodua sahaja. Jelasnya, pelaksanaan kali ini lebih terbuka meliputi semua jenama kereta yang berminat untuk menyertai skim tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak dapat memberi anggaran bilangan kenderaan berusia lebih 10 tahun yang berada di jalan raya negara ini.