Ahad, 30 Jun 2013

PERUT BUNCIT

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan?

Antara cara-cara untuk mengempiskan perutadalah:

 1. Minum Air Masak Yang Banyak. Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar. 

2. Makan Perlahan-lahan. Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku. 

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku. 

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

 5. Kesan Pengambilan Ubat.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit. 

6. Hindari Sembelit.Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan. 

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Sabtu, 15 Jun 2013

Kejohanan Badminton Inter Kuarters 2013



Piala Pusingan Kejohanan Badminton Inter Kuarters

Tanggal 15 Jun 2013 telah berlangsungnya Kejohanan Badminton Inter Kuarters bagi tahun 2013. Empat pasukan mewakili Kuarters Seri Kembangan, Kuarters Shah Alam, Kuarters Subang Jaya dan Kuarters Segambut telah menempah perlawanan namun di saat akhir pasukan dari Kuarters Segambut menarik diri kerana beberapa sebab yang tidak mengizinkan.


Pasukan dari Kuarters Seri Kembangan
Juara bertahan iaitu pasukan dari Kuarters Seri Kembangan terpaksa menggadaikan kemenangan mereka apabila kalah kepada pasukan dari Kuarters Subang Jaya. Adat perlawanan, pasti ada menang dan kalah.
Keputusan rasmi Kejohanan Badminton Inter Kuarters 2013 adalah seperti berikut :-
 
Johan : Pasukan Kuarters Subang Jaya

Naib Johan : Pasukan Kuarters Seri Kembangan

Ketiga : Pasukan Kuarters Shah Alam


Juara 2013 Pasukan Kuarters Subang Jaya

Naib Juara Pasukan Kuarters Seri Kembangan

Tempat Ketiga Pasukan Kuarters Shah Alam
Upacara penyampaian hadiah di sempurnakan oleh Tuan Jafri Yang Ghazali. Terima kasih di ucapkan kepada semua AJK yang terlibat dan juga semua peserta yang bertanding pada kejohanan ini. Insyallah jumpa lagi tahun pada hadapan.

Bergambar kenangan 2013
Rencana : Syahrillizam Zakariya
Foto : Syahrillizam Zakariya

Khamis, 13 Jun 2013

Persaraan

Tanggal 13 Jun 2013, telah berlangsungnya majlis meraikan dua orang pesara kita iaitu Tuan Abdullah Katiman dan Koperal Zainal Salleh bertempat di Residential Cafe, Lanai Kijang. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Tuan Pengarah.

Dari kanan Tuan Abdullah Katiman dan Encik Zainal Salleh

Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan jayanya. Pengerusi majlis pada majlis tersebuta adalah Tuan Mohd Ridzuan Ahmad Hariri manakala bacaan doa selamat disempurnakan oleh Tuan Abdul Latif Mat Sudin.

Ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengerusi Majlis

Tuan Abdul Latif Mat Sudin membacakan doa selamat, amin.

Hadiah cenderahati persaraan disampaikan oleh Tuan Pengarah. Tergambar wajah kesyahduan tatkala kedua persara menerima cenderahati tersebut di atas penghargaan semua warga kerja.

Tuan Pengarah menyerahkan cenderahati kepada En Zainal Salleh


Tuan Abdullah Katiman menerima cenderahati yang di sampaikan oleh Pengarah.
 Sedikit ucapan yang di sampaikan oleh Tuan Abdullah Katiman:-
" Saya dengan rendah diri dan bersyukur kepada TUHAN yang memerintah sekelian Alam dipanjatkan usia hingga ke hari ini sempat berkhidmat selama lebih kurang 35 tahun dengan majikan yang penyanyang Bank Negara Malaysia. Kini sampailah waktunya untuk saya meninggalkannya. Dengan itu, Saya sekeluarga menyusun jari sepuloh MEMOHON AMPUN DAN MAAF dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, sekiranya ada tersalah bahasa semasa saya betutur, perbuatan yang menyinggung perasaan rakan sekerja sekelian. Bagitu juga kalau ada makan dan minum mohon DI HALALKAN. Saya berdoa semoga kepada semua rakan sekerja semoga di berkati ALLAH semoga diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang. SELAMAT MAJU JAYA. Akhir kata : Lumrah Dunia : Setiap yang bermula akan berkahir, Setiap pertemuan ada perpisahan, Yang baru akan jadi lama, Yang lama akan Lupus,"

Tuan Abdullah Katiman memberi ucapan persaraan

Ucapan dari Encik Zainal Salleh.
" Terima kasih dengan majlis persaraan ini. Terlalu banyak kenangan suka dan duka bersama rakan-rakan sekalian. Minta di halalkan makan dan minum sepanjang perkhidmatan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana sepanjang bertugas selama 30 tahun lebih tidak pernah mendapat sakit yang teruk. Minta di halalkan makan dan minum serta minta diampunkan sekiranya ada salah dan silap yang sengaja mahu pun yang tidak di sengajakan"
Encik Zainal Saleh memberi ucapan

Pada majlis tersebut juga, upacara pemotongan kek persaraan dia adakan. Para tetamu turut memberi ucapan persaraan ke atas dua persara yang diraikan.
Upacara memotong kek persaraan

Sebelum berpisah, bagi menjadikan kenangan abadi, semua warga kerja yang hadir bergambar kenangan bersama persara yang diraikan.


Dari kiri hadapan, Syahrillizam, Azlinda, Baharom, Shiekh Anuar, Zainal, Mior Mohd Zain, Abdullah Katiman, Jafri Yang Ghazali, Rajeswaran dan Nor Leda. Dari kiri atas, Mhd Yusof, Abdul Latif, Zulkafli, Nur Izham, Palaniappan, Kamaruddin, Abu Hassan, Shah Budin dan Azman 
Kami warga kerja mengucapkan selamat bersara kepada Tuan Abdullah Katiman dan Encik Zainal Salleh, semoga mereka berdua kekal sihat dan dapat mengharungi dunia baharu iaitu alam persaraan. Segala jasa dan tunjuk ajar akan di peraktikkan dan kenangan abadi.

Untuk tatapan semua, beberapa gambar pada majlis tersebut yang sempat saya rakamkan.











Rencana : Syahrillizam bin Zakariya
Foto : Mohd Hasnol Redza