Sabtu, 27 Oktober 2012

Melawat Eco Dusun Resort

Pada 21 Oktober 2012, sambil-sambil jalan-jalan menghabiskan sisa-sisa hari minggu, tetiba keretaku telah membawa anak-anak melepasi sempadan. Sekali lupa bawa buku merah. Hahaha..sebenarnya kami cuma melanggar sempadan Pahang ajer...x perlu lah buku merah..
Pertama kali sampai menjejaki ke Dusun Eco Resort.Angah nampak cam borring jer..
Dari jalan Lebuh Raya tetiba menyelinap masuk ke denai...macam tidak percaya ajer. Di kiri dan kanan denai penuh dengan Flora yang tumbuh liar. Terpegun melihat pokok buluh yang sungguh besar. Jauh dari keriuhan kota, kami berpeluang memandu di dalam hutan sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan dan suasana penuh kehijauan. Sesampai sahaja ke destinasi terus kami mencari plan lokasi bukan apa nak cari tempat yang boleh berendam.

Bila masuk tempat yang tidak pernah sampai pertama sekali kenalah tengok Pelan Lokasi.
Bila dah tahu dah kat mana kolam mula lah berlari-lari anak mencari. First sekali sampai ke kolam tu hulurkan kaki merasai deria...aduhyai..sejuknya...akhirnya semua anak-anak tak jadi mandi...rupa-rupanya air dalam itu sejuk sangat kerana air tu di salurkan dari bukit terus ke kolam...

Antara Chalet yang menarik dan tertarik di sini.







Chalet ini lagi speacial...bagaimanalah rasanya klu tidur kat dalam ini.


Amacam ada berani nak panjat tak? Kata Angah.

Yes...Kakak dah boleh potong Angah dah...hey..hati-hati mana tali keselamatan...
Bila dah masing-masing malas nak mandi maka mula lah beraksi untuk bergambar, cantik-cantik chalate kat sini. Rupanya di sinilah tempat yang paling sesuai untuk di buat motivasi, sebabnya tiada talian atau signal perkhidmatan telefon di sini. Sambil bersiar-siar saya dapat membaca beberapa sejarah mengenai tempat ini seperti berikut :-

1) Lokasi
Dusun Eco Resort terletak di dalam hutan simpan dan kawasan tadahan hujan Sungai Poh, Bentong, Pahang Darul Makmur. Kehijauan dan keindahan alam semulajadi nya menyisihkan kawasan ini daripada kesibukan kota dan menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti dengan harga yang berpatutan.

2) Aktiviti
Jauh dari keriuhan kota, pengunjung berpeluang berjalan di dalam hutan sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan dan suasana penuh kehijauan. Atau rasai kesejukan air bukit yang disalur terus ke kolam mandi yang disediakan. Aktiviti kembara malam membolehkan pengunjung merasai suasana kegelapan di dalam hutan dan cabaran meneroka hutan dalam suasana kehijauan yang penuh kegelapan. Akhiri hari anda dengan merehatkan fizikal dan mental sambil berkaraoke dan menonton Astro. Ini merupakan sebahagian pengalaman yang kami tawarkan untuk penginapan yang menyenangkan dan menyeronokkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan