Ahad, 22 Februari 2015

Jenis Sakit Kepala

99 peratus daripada masyarakat pasti mengalami sakit kepala yang kerap atau sekali dalam kehidupan mereka. Maka usahlah kita memandang remeh dengan sakit kepala ini. Sakit kepala bukan petanda sakit kepala sahaja, bahkan jika tidak dirawat boleh membawa kepada penyakit-penyakit yang tidak dapat dijangkakan.

Mengetahui jenis sakit kepala anda adalah langkah pertama dalam membantu anda mengawal sakit kepala. Dalam pembacaan saya dari majalah Keluarga, artikel yang ditulis oleh Doktor Shalina Bhaskar, Pakar Neurologi Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara menyatakan bahawa sakit kepala di kelaskan kepada dua kategori iaitu sakit kepala Prima (awal) dan sakit kepala Sekunder (pertengahan).

SAKIT KEPALA PRIMA (AWAL)

Sakit kepala ini sungguh mudah terjadi kepada seseorang sebagai contoh adalah maigrain dan stres (sakit kepala di sebabkan tekanan atau serabut).Sakit kepala kategori ini biasanya datang dan pergi mengikut cara perawatannya. Paling senang merawat adalah mengenakan minyak cap kapak, minyak kayu putih dan sebagainya serta mengenakan urutan ringan sahaja boleh melegakan sakit kepala ini.

Sakit kepala maigrain agak memeritkan. Kepala akan berasa berdenyut-denyut dalam beberapa jam dan boleh sampai seharian. Kaum hawa paling kerap mendapat sakit kepala maigrain ini. Apakah sintom-sintom sakit kepala jenis ini?
1) penglihatan menjadi tidak jelas atau kabur.
2) apabila melihat objek yang bercahaya kelihatan objek itu seperti berkelip-kelip.
3) denyutan sakit pada bahagian sebelah kepala sahaja.
4) rasa mual-mual, loya dan boleh mengakibatkan muntah angin atau air.
5) cepat naik angin atau perasaan marah.

Sakit kepala stres atau tekanan amat mudah berlaku tidak kira lelaki atau wanita. Perkara ini adalah berkait rapat dengan persekitaran dan gaya hidup seseorang. Denyutan sakit kepala berlaku di mana-mana sahaja bahagian kepala dan menyebabkan ketidak selesaan kepada seseorang. Apakah sintom-sintom sakit kepala jenis ini?
1) sakit kepala yang berlarutan berhari-hari.
2) gangguan kepada tidur dan tidak nyenyak.
3) rasa leher mengeras dan tegang serta sakit leher.
4) semangat untuk melakukan sesuatu perkara kurang.
5) cepat marah dan naik angin.

Sakit kepala Berkelompok atau Kluster. Kaum adam sering mengalami sakit kepala jenis ini. Biasanya berlaku sesekali sahaja. Tetapi jika berlaku lambat untuk reda sehinggalah tempoh kluster berakhir yang boleh sampai 12 minggu lamanya. Apakah sintom-sintom sakit kepala jenis ini?
1) sakit di alami di salah satu mata.
2) bahagian mata dan hidung menjadi merah, bengkak dan berair.
3) perasaan kegelisahan tak keruan.

Sakit kepala berbalik atau reboun. Ianya juga di kenali sebagai sakit kepala ubat berlebihan dan boleh muncul setiap hari.Saki kepala ini terjadi akibat penggunaan atau pengambilan ubat penahan sakit secara berulang. Apakah sintom-sintom sakit kepala jenis ini?
1) sakit kepala di awal pagi.
2) kesakitan yang berbeza-beza setiap hari.
3) mengalami loya.
4) perasaan bimbang.
5) cepat marah dan naik angin.
6) tidak dapat tidur nyenyak.

SAKIT KEPALA SEKUNDER (PERTENGAHAN)

Sakit kepala jenis ini jarang berlaku dan sekiranya berlaku boleh mengancam nyawa seseorang. Ini kerana seseorang yang menghidapi sakit kepala ini boleh kena sawan atau kelemahan pada anggota badan atau lumpuh, ketidakstabilan semasa berjalan kaki, demam, kejang leher dan sebagainya. Sakit kepala ini adalah serius kerana ia kerap dikaitkan dengan masalah keabnormalan saluran darah atau tumor otak, jangkitan atau penyakit radang. Jangan ambil lewa sakit kepala ini dapatkan ubat yang disyorkan oleh doktor.