Sedang saya membuat semakan email akaun yahoo, saya telah terbaca satu email dari rakan saya yang bernama Shahrizal Ikhmal Jamil. Bila saya baca saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian di samping saya juga cuba untuk membuat amalan ini.
Selepas
Fardhu Subuh
|
|
Ar-Rahiim
ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ
Ya-Rahmaan-Nu-Ya-Rahiim
(Berulang 100X)
|
Barang siapa
yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan-nu-Ya-Rahiim”
100 kali selepas solat subuh, setiap orang
akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan.
|
Ya-‘Aziz
ﺍﻟﻌﺯﻴﺯ
(Berzikir 40X Setiap
hari
selama 40 hari)
|
Barang siapa
berzikir “Ya-‘Aziz” 40 kali tiap-tiap hari selama 40hari dan sebaik-baiknya selepas solat subuh, insyallah dirinya di kayakan
dan di muliakan Allah dan tidaklah dia mengharapkan hajat kepada seseorang
daripada makhluknya. Sebaik-baiknya selepas solat subuh.
|
Al-Fattaah
ﺍﻟﻓﺗﺎﺡ
(Berzikir 71X)
|
Barang siapa
berzikir “Ya-Fattaah” 71 kali tiap-tiap lepas solat
subuh dan menadahkan tangannya ke atas, insyallah bersih dan bercahaya
hatinya, mudah pula pekerjaannya dan terhindar hatinya daripada perasaan
cintakan dunia.
|
Ya-Majiid
ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ
(Berzikir 99X)
|
Barang siapa
berzikir “Ya-Majiid” 99 kali setiap hari selepas
solat subuh, lalu ditiupkannya kepada kedua-dua tangannya dan di sapukannya kedua-dua tangannya itu ke
mukanya insyallah lahir kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.
|
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 62X)
|
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam
perbuatan dan perkataannya.
|
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 99X)
|
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 99 kali selepas solat subuh, kemudian di tiupkannya pada
kedua-dua tangannya lalu di sapukan ke mukanya, insyallah dirinya di
muliakan, di bantu urusan hidupnya dan wajahnya bersih berseri.
|
Insyallah, selamat beramal. Semoga menjadi amalan buat semua.