Jumaat, 24 Oktober 2014

SENAMAN HILANGKAN LEMAK PERUT

DUDUK DAN TAHAN


Keberkesanan senaman ini adalah untuk memberi tekanan pada bahagian otot perut dan yang paling utama adalah membantu membakar lemak pada bahagian perut. Sedikit kesukaran kepada seseorang yang mempunyai perut yang amat buncit kerana perut akan mengganggu tangan anda. Walaubagaimanapun anda seharusnya memaksa untuk mencapai kedudukan seperti yang saya tunjukkan ini.

Duduk tegap di atas lantai serta kedua-dua belah lutut di bengkokkan manakata kedua-dua belah tangan diletakkan di bahagian bawah pelipat. Dengan mengekalkan kedudukan lurus, perlahan-lahan angkat bahagian kaki selari dengan permukaan lantai. Bertahan pada posisi tersebut mengikut kemampuan. Jika anda membuatnya dengan betul, otot perut anda akan bergerak-gerak atau dengan erti kata lain bergegar. Disitulah terjadinya pembakaran lemak pada otot/lemak perut. Awas, jika terasa sakit pinggang, sila berhenti melakukan senaman ini dan boleh sambung semula sekiranya sakit pinggang anda sudah tiada.


SENAMAN WIPER KERETA

Senaman ini saya perolehi semasa berkursus di Pusat Latihan Polis Air Hitam(PULAPAH). Senaman ini dinamakan "wiper kereta" kerana pergerakan kaki adalah bergerak seperti penggilap cermin kereta yang bergerak ke kiri dan ke kanan.

Cara melakukan senaman ini adalah dalam kedudukan berbaring sambil kefua belah tangan di depakan. Kedua belah kaki dirapatkan dan di angkat selari dengan tubuh anda pada kedudukan 90 darjah.



Kempiskan dan ketatkan bahagian perut dan gerakkan kaki anda ke arah kanan dengan kiraan lapan detik.


Kemudian angkat kaki anda perlahan-lahan ke atas semula dan seterusnya gerakkan ke arah kiri dengan kiraan lapan detik.



 Buat pergerakan ini sebanyak 5 kali dan anda dapat rasakan sedikit ketegangan pada bahagian perut anda.