Isnin, 25 Februari 2013

Bibir Wanita Menawan Pilihan Lelaki

Salah satu hal yang penting dalam menilai kecantikan seorang wanita adalah bibirnya. Laki-laki tentu saja akan lebih suka bibir wanita yang merah bak delima, lembut dan kenyal, daripada bibir yang hitam, kasar dan merekah.
Bibir yang mana satu pilihan lelaki.
Memiliki bibir yang sihat, mekar bak delima atau warna bibir merah merupakan impian semua wanita. Bagi memiliki bibir yang cantik ramai wanita yang akan menggunakan lipstik bagi menampilkan bibir yang menarik. Sebenarnya penggunaan lipstick semata-mata juga adalah penyebab bibir menjadi hitam dan merekah atau pecah-pecah. Sebagai contoh, lihat wanita-wanita yang biasa menggunakan lipstik, dan cuba perhatikan ketika dia tidak memakai lipstik, bibir akan terlihat pucat dan menghitam.
Bibir mekar bak delima.
Bibir menawan dapat menyerlahkan keyakinan seseorang wanita. Salah satu cara terbaik menjaga bibir adalah dengan TIDAK menjilat bibir terlalu kerap dengan lidah dan elakkan daripada mengigit bibir. Minum air secukupnya. Gunakan balm bibir yang TIDAK mengandungi alkohol ataupun asid. Cucilah bibir dengan sempurna.
Bibir menawan menyerlahkan keyakinan
Untuk menjaga kesihatan bibir, Mary Kay menawarkan produk berikut yang mudah digunakan:-

1) Bagi mencuci lipstik atau lipglos, bersihkan bibir dengan menggunakan Make Up Remover yang tidak mengandungi alkohol dan minyak.

2) Jangan menonyoh bibir ketika membuang mekap, lapkan sahaja dengan lembut.

3) Dua atau tiga kali seminggu, cucilah bibir dengan exfoliator untuk bibir. Mary Kay menawarkan Masker untuk bibir. Cara menggunakannya mudah sahaja dan tidak memakan masa yang lama. Hanya sapu sedikit masker ke bibir dan tapakannya selama 2 minit. Kemudian basahkan jari dan sapu hujung jari ke bibir dengan gerakan membulat bagi menyingkirkan sel kulit bibir mati. Kemudian bilas dengan air. Amalan menggosok bibir dengan menggunakan berus gigi sebelum tidur dapat juga menanggalkan sel mati.

Masker untuk bibir


4) Gunalah 
balm untuk bibir bagi memastikan bibir tidak merekah, pecah dan berdarah.
Jika kulit bibir terkopek, sapukan mask. Elakkan dari menggentelnya atau menariknya kerana ini akan menyebabkan kulit bibir yang sihat ikut sama tertarik dan menjadi rosak. Mask akan membantu menanggalkan kulit bibir yang terkopek itu dengan lembut tanpa merosakkan kulit bibir yang baik.
 
5) Gunalah 'creme' lipstik yang bervitamin atau yang mengandungi SPF untuk penjagaan sepanjang hari. Bagi menjadikan gincu tahan lebih lama, ratakan sedikit concealer ataupun bedak asas pada bibir. Gunakan penggaris bibir dan warnakan bibir dengannya sebelum menyapu gincu bibir sepenuhnya. Selain itu, concealer dapat juga menutup cela pada bibir dan melukis bentuk bibir yang diinginkan.

Warna lipstik yang menarik

6) Warna gincu boleh juga dicampurkan pada bibir bagi menghasilkan rona yang unik. Idea ini dapat membantu 'menyelamatkan' warna gincu yang kurang menyerlah.

7) Sapuan lip gloss di bahagian tengah bibir atas dan bawah dapat memberi ilusi bentuk bibir yang mungil dan segar. Elak menyapu seluruh bibir dengan lip gloss kerana bibir akan kelihatan berminyak.

Bagi yang ingin mencuba produk bibir ini secara percuma boleh hubungi saya 012-6574273. Saya akan perkenalkan dengan perunding kecantikan bebas Mary Kay.

Ahad, 3 Februari 2013

Kejohanan Futsal Piala Pengarah JKS 2013


Piala Pusingan Pengarah JKS
2 Februari 2013 telah berlangsung Kejohanan Futsal Piala Pengarah JKS di Sport Planet Subang Jaya. Pada tahun ini 7 pasukan telah mengambil bahagian iaitu LATU (Lanai Kijang dan Tunas Kijang), SASANA Kijang A, SASANA KIJANG B, HQ A, HQ B, PPPM SHAH ALAM dan RCDC(Recovery Centre dan Data Centre).
Team LATU
Team PPPM Shah Alam
Team Sasana A
Team RCDC
Team HQ B
Gandingan Team Sasana A dan Sasana B

Semua pasukan yang bertanding telah di bahagikan kepada Kumpulan A iaitu RCDC telah mengumpul 6 mata, Sasana A dengan 3 mata dan HQ A tidak mengumpul sebarang mata. Bagi kumpulan B LATU telah mengumpulkan 3 mata, Sasana B tidak memperolehi sebarang mata, HQ B dengan 6 mata dan PPPM Shah Alam telah mendapat mata terbanyak iaitu 9 mata. Dengan ini pasukan RCDC, HQ B, Sasana A dan PPPM Shah Alam telah layak ke pusingan separuh akhir.
Pasukan dari RCDC telah bertemu dengan Pasukan dari HQ B dan Pasukan Sasana A bertemu dengan Pasukan PPPM Shah Alam di peringkat Separuh Akhir.
Peringkat Separuh Akhir
Satu perlawanan persahabatan antara Pasukan Reading FC dengan Sheffield United (Pegawai Kanan dan staf berumur 40 tahun ke atas) di adakan semasa menantikan pasukan ke peringkat Akhir. Perlawanan ini mendapat perhatian para penonton dan menggamatkan suasana di Planet Sport Subang.
Gabungan Team Reading FC dan Sheffield United
Tuan Izham sedang mencuba jaringan dari tengah.
Aksi Tuan Dahuri memang star..
Tuan Muda, Shah Budin dengan aksi ganasnya.
Tendangan emas dari Tuan Azman
Akhirnya Sarjan Nazari kecundang juga dengan tendangan Tuan Azman.
Aksi Sarjan Nazri Kamarudin menyelamatkan bola.
Tuan Rajes cuba menggangu pintu gol yang di kawal oleh Tuan Haji Kamaruddin.
Tuan Haji Kamaruddin menyelamatkan jaringan...lega..
Selesai Perlawanan persahabatan, perlawanan yang di nanti-nanti kan iaitu perlawanan akhir di mana pasukan HQ B bertemu dengan pasukan Sasana A.
Gambar kenangan Perlawanan Akhir
Pasukan dari Sasana A telah menjuarai perlawanan akhir. Tahniah di ucapkan.
Team Sasana A Juara Futsal Piala Pengarah JKS 2013.
Antara gambar-gambar yang sempat di rakamkan. Saksikanlah.

Gandingan AJK yang mantap..


Gambar Kenangan Aji Boy dengan Haji Din

Para Pegawai menyaksikan perlawanan akhir

Kopral Linda dengan anaknya menyaksikan perlawanan akhir

Team RC DC yang kecundang

Cuba mendapatkan ilmu futsal dari org lama

Sarjan Isajaya turut hadir memberi sokongan walaupun...

Sarjan Mazdura dan Kopral Irane..hehehe

Johan

Naib Johan

Tempat Ketiga

Taklimat oleh ASP Rajeswaran..

Mendengar taklimat


Sarjan Samihan RCDC

Shahkri RCDC

Zamani Md Jam

Kopral Hazmir

Nizam PPPM


Insp Shah Budin Ismail

Sarjan Izamri

Kon Safuan


Kopral Jefri


Kon Syed Azmi

Kopral Syamsul Rizal


Kon Mohd Ismail

Sarjan Sivakandan

Kopral Yasser

Tuan Syed Zainal

Kon Mohd Fadil Osman


Pemain yang licik, bakal mewakili pasukan

Pasukan Reading FC Johan Pegawai


Majulah Sukan untuk JKS.

Wartawan M Rozario bersama Insp Zabidi


Wartawan M Rozario bersama Irane...nak jugak...

Pengurus dan penolong pengurus pasukan LATU...

Wartawan M Rozario bersama para pegawai

Wartawan M Rozario merangkap Pengurus pasukan RC-DC yang merangkul tempat ke empat

Amacam baju kami ok tak....

Tahniah para penganjur, tahun depan buat lagi..

Alhamdulillah Kejohanan Futsal Piala Pengarah JKS 2013 telah berlangsung dengan jayanya tanpa ada sebarang kecederaan dan perbalahan. Maka tujuan kejohanan ini di adakan iaitu untuk menggalakkan semua rakan sekerja keselamatann   untuk bersama-sama  melibatkan   diri  secara  aktif  dalam aktiviti – aktiviti   sukan, serta menyihatkan badan di samping mengeratkan hubungan silatulrahim dan memupuk semangat bersatu padu dikalangan kita telah mencapai matlamatnya.
Saya mewakili seluruh ahli Kelab JKS mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama dalam menjayakan Kejohanan Futsal Piala Pengarah JKS 2013.