Jumaat, 28 Disember 2012

Jenis Jenis Kanser Yang Menyerang Wanita


PENGURANGAN risiko kanser boleh dilakukan dengan mengubah gaya dan tatacara kehidupan. Faktor keturunan (kehadiran gen-gen tertentu) menyebabkan ketumbuhan berlaku selain pendedahan kepada sinar-sinar tertentu, bahan kimia, virus dan bermacam jenis faktor persekitaran lain.
Jenis-jenis kanser bergantung pada bahagian anatomi badan yang terlibat seperti paru-paru, payudara, kulit, ovari, rahim, pangkal rahim, faraj, vulva, usus besar dan rektum.


Semua penyakit boleh dicegah atau dirawat sekiranya pengesanan dapat dilakukan pada peringkat awal. 



Di antara petanda-petanda awal kanser pada bahagian badan berkenaan adalah perubahan pada tabiat kebiasaan pundi kencing dan juga usus besar.
 

Selain itu, luka-luka yang tidak sembuh, pendarahan ataupun discaj yang tidak pernah dialami, penebalan ataupun tongkol-tongkol pada payudara ataupun bahagian kulit yang lain serta perubahan pada tahi lalat atau mana-mana tompok kulit juga mungkin menjadi petanda awal kanser tertentu.


Kesakitan biasanya bukan tanda-tanda awal kanser. Walau bagaimanapun, jangan ditunggu sehingga kesakitan menjelma, barulah rujukan mahu dibuat kerana ketika itu mungkin sudah terlambat.


TANDA-TANDA AWAL KANSER


1. KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIKS)
-“Discaj atau lelehan abnormal melalui faraj
-“Pendarahan abnormal melalui faraj
-“Pendarahan selepas hubungan kelamin



2. KANSER FARAJ DAN VULVA
-“Kudis, pembengkakan yang tidak hilang-hilang
-“Kegatalan
-“Pendarahan yang abnormal
-“Perubahan pada kulit-kulit di sekitar, seperti perubahan pada tahi lalat



3.  KANSER OVARI
-Ketidakselesaan di kawasan pinggul 
-kembung, sendawa, bergas 
-kesukaran pencernaan yang tidak dapat dijelaskan 
-pendarahan abnormal melalui faraj
-pembengkakan abdomen.


4. KANSER RAHIM
-pendarahan selepas menopaus
-discaj atau lelehan di antara tempoh haid
-haid yang berpanjangan dengan kehadiran darah yang banyak.


5. KANSER PAYUDARA
-Pembengkakan, tonjolan, kekerasan, penebalan dan juga pengecutan kulit pada payudara.
-Kerengsaan pada kulit payudara serta puting yang tenggelam ke dalam
-bersisik, berdarah, 
-mengalami discaj, sakit serta tidak selesa 


6. KANSER USUS DAN REKTUM
-Pendarahan dari rektum
-Darah di dalam najis ataupun najis berwarna hitam
-Najis menjadi panjang dan bergaris pusat kecil
-Ketidakselesaan abdomen (kembung, kejang dan sering kentut atau sedawa).


Cara untuk mengurangkan risiko kanser :
- Tidak merokok atau berhenti merokok
- Kurangkan pengambilan makanan dengan lemak tepu atau lemak trans
- Banyakkan makanan berserat tinggi
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari
- Sekiranya anda berkulit cerah atau kurang pigmen kulit, hadkan pendedahan pada cahaya matahari
- Tumpuan dan perhatian pada sebarang perubahan pada badan anda
- Jangan amalkan tatacara serta gaya hidup seksual secara bebas
- Amalkan ujian tertentu yang patut dilakukan pada umur serta julat tahun tertentu
- Kurangkan pengambilan minuman beralkohol.


** DIPETIK DARI UTUSAN MALAYSIA (20 JAN 2008)**


Anda perlu lebih berhati-hati sekiranya mempunyai ahli keluarga yang disahkan mengidap kanser.. kerana kanser juga menyerang atas faktor keturunan..


Maka pencegahan risiko kanser adalah sangat penting****

"PENGGUNAAN PRODUK YANG BERKUALITI MAMPU MENCEGAH RISIKO KANSER"
SEKIRANYA ANDA WANITA YANG BIJAK.. PASTI ANDA TIDAK AKAN BERFIKIR PANJANG UNTUK BERHENTI MENGGUNAKAN PAD YANG DIJUAL DI PASARAN...

ALTERNATIFNYA.. SAMADA ANDA MENGGUNAKAN KAIN SEPERTI IBU-IBU DAN NENEK KITA PADA ZAMAN DAHULU ATAUPUN BERTUKAR KEPADA
PAD HERBA FC BIO AVAIL BEAUTY.
 Pantiliner (RM10), Day Use (RM11), Night Use (RM12)

Dapatkan segera pad Herba yang berubat ini daripada saya :

Syahril 012-6574273

Khamis, 27 Disember 2012

Tips Menghalang Kecurian

Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.



1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka
mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum
tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis
mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk
melindungi diri mereka).



3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada
tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip
tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah
menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan
PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di
waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara
lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,
cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa
alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah
masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan
rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik
motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka,
mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita
dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan
benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh
double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan
juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu
extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan
kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991
atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda.
Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat
panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau
automatik alarm.



13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara
automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg
penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi
dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang
kerap di kawasan anda.



16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand
new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur
(Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan
pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci
dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda
perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.



18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil
anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi
tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri
pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau
bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.



Sumber : Bukit Aman PDRM

Isnin, 24 Disember 2012

Kejohanan Boling AAT & DCA 2012

Pada 23 Disember 2012, berlangsungnya Kejohanan Boling antara AAT dan DCA bertempat di Ole-Ole Bowling, Monterez Golf Club Subang. Main Boling kat sini rasa tenang ajer sebab jauh dari kesibukan kota. Almaklumlah kawasan Golf.

Ini adalah kali kedua pertandingan boling pada tahun ini, pada awal tahun dan penghujung tahun...kali ini team aku terdiri daripada,. nak tahu kenalah lihat gambar di bawah..

Harap-harap Team kali ni leh dapat kejatuhan pin yg banyak..
Maka berlangsunglah kejohanan ini yang bermula pada jam 1030am, masa sibuk membaling bola lupa lak nak amik gambar. So kali ini tiadalah gambar semasa pertandingan. Jangan marah...

Tempat ke dua individu wanita di menangi oleh...saya...lalalalala
Biasalah kan semasa di umumkan tempat ke lima individu wanita dengar jumlah pun dah agak dah, pasti leh menang punya. Sampailah ke tempat kedua,..tak ada nama orang lain dah yang nak di panggil. Nama teman ler...sambil di eskot oleh putera bongsu...


Inilah pemenang individu wanita.
Akak kat atas ni memang champion giler dia main boling. Sekali hayun dah 10 pin jatuh. So lepas ni klu nak kalahkan akak ni nampaknya kena traning lebih lah. Setiap hari Jumaat Long Lunch kena gi Summit lah...huhuhu..traning boling.

Berikut adalah gambar-gambar kumpulan yang menang, kumpulan kami kalah sikit ajer...

Tempat ke lima berkumpulan.

Tempat ke empat berkumpulan

Tempat ke tiga berkumpulan...Tahniah...

Tempat ke dua berkumpulan...

Dan Juara pada kali ini,..sekalung tahniah...

Walaupun kumpulan ini tidak mendapat tempat, tapi senyuman tetap memikat.
Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah, biarpun kalah tapi yang penting perhubungan yang akrab di antara AAT dan DCA yang bekerja di bawah satu bumbung berkekalan. Sekurang-kurangnya berpeluh sikit baru badan sihat dan unggul. Bila dah penat bekerja sekali-sekala buat kejohanan seperti ini maka kuranglah tekanan kerja.

Akhir kata, jumpa lagi di tahun 2013 jika panjang umur. Insyallah.

Isnin, 17 Disember 2012

Ayat Seribu Dinar

 Ø¨ِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.
.
.

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
.
.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎
.
.

Pendapat Ulama’

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
.
.

Amalan

Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
.
.

Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar


‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

  1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudarat dari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.

Terima kasih yang sudi membaca, hafal dan amalkan ayat 1000 Dinar. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan sentiasa mendengar doa-doa kita semua. InsyAllah. Amin.

Ahad, 16 Disember 2012

Majlis Penganugerahan Sempena Ulang Tahun ke 8 AVAIL

Pada 24 November 2012, berlangsungnya Majlis Penganugerahan Sempena Ulang Tahun ke-8 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang gilang-gemilang. Majlis di hadiri oleh rakan Avail dari Utara, Selatan, Timur dan Sentral serta dari Sabah dan Sarawak. Tidak ketinggalan Avail dari negara jiran iaitu Indonesia, Thailand, Brunie, Singapura serta terbahru Filipina.
Tersergam indah pentas tahun 2012 ulang tahun ke 8.

Sabtu, 15 Disember 2012

Meraikan rakan karib ke I-City

Pada 11 Disember 2012, yang lalu saya terima pesanan ringkas (SMS) "Kami kat Shah Alam ni". Tertera nama di skrin telefon bimbit saya nama Zalizan Nyan. Inilah sahabat saya semenjak dari darjah satu sehinggalah berkahwin dan beranak pinak. So bila dapat tahu mereka berada di seksyen 28, saya pun mula membuat perancangan untuk membawa keluarga Pak Zan berkunjung ke I-City, Shah Alam.

Pertama kali sampai, buat bukti bergambar dulu.
Pada mulanya Pak Zan cakap muat ker kereta saya sebab mereka semua berlima. Tak apalah Pak Zan, berhimpitlah sikit, nak buat macam mana. Kereta saya kecil saja. Di bawa bersama kamera Canon kesayangan bagi merakam gambar kenangan Pak Zan sekeluarga.

Wah sibuknya Along memilih cenderahati buat anak-anaknya.
Wajah ceria anak-anak Pak Zan dan sepupu mereka...awas kaki Ziraffah kat belakang.

Puteri-puteri Pak Zan ni memang suka bergaya di hadapan Kamera, so apa lagi, saya pun snape ajer lah gambar dia orang. Mungkin bila dia orang lihat gambar mereka ini boleh di jadikan kengan yang abadi bersama Uncle Coy.
Wah anak hari mau pula menjadi tunggangan puteri-puteri pak zan..
Sekarang anak gajah pula menjadi bahan tunggangan....hati-hati gajah kat belakang tu dah mengamok tu..
Bakal Puteri tersohor...
Gambar kenangan sekeluarga di I-City
Bergambar di hadapan pintu masuk Water World i-City, maaf yer waktu malam x der orang mandi.


Selamat tinggal Uncle Coy...
Jangan lupa datang lagi ke Shah Alam yer, saya boleh bawa jalan-jalan ke tempat menarik dan bergambar percuma. Tahun depan uncle bawakan ke Taman Tema Time Square lak...leh kumpulkan duit belanja sekolah dari sekarang.

Buat Pak Zan, jika saya ada salah dan silap sepanjang pertemuan kita, moga di maafkan. Pak Zan adalah sahabatku dunia dan akhirat. Amin.

Syahrillizam Zakariya,
012-6574273

Sabtu, 8 Disember 2012

Masalah Sakit Puan

HAMPIR 90% WANITA DI MALAYSIA ADA

MENGALAMI PELBAGAI MASALAH SAKIT PUAN.

FC BIO SANITARY PAD terbukti boleh membantu

merawat/ mengurangkan:-

  • Sengugut/ memperbaiki kitaran haid yang tidak teratur
  • Masalah berbau/keputihan/kekuningan/kegatalan dan jangkitan kuman
  • Membantu mengecutkan fibroid
  • Kesukaran mengandunng akibat masalah saluran peranakan
  • Melegakan sakit belakang ketika haid dan masalah kencing tidak lawas
  • Mengurangkan risiko endometriosis
  • Mengeluarkan darah beku dari dalam rahim selepas bersalin atau keguguran
  • Mengurangkan risiko kanser

KENAPA FC BIO SANITARY PAD?

  • KERANA ianya 100% kapas, berkualiti tinggi dan dijamin selamat (Jaminan Insurance Produk RM 3 Juta)
  • Menjalani tahap piawaian makmal dan proses pengeluaran yang ketat
  • Tiada penggunaan bahan kimia/toksin berbahaya dalam proses pengilangan
  • Mengandungi 17 jenis herba pilihan yang terbukti boleh membantu merawat/mengurangkan masalah sakit puan antaranya:-

ELAKKAN PENGGUNAAN PAD BIASA YANG BERKUALITI RENDAH

  • KERANA kebanyakaan Pad Wanita biasa di pasaran di buat dari kertas buangan )recycle paper ) yang terdedah kepada bakteria dan kuman yang mengandungi Dioksin
  • Dioksin ialah bahan kimia bertoksid tinggi. Ia 130 kali ganda bertoksid dari Cyanide dan 900 kali ganda merbahaya dari Arsenic.
  • Pengunaan produk yang mengandungi Dioksin secara berterusan boleh mengakibatkan ramai wanita mudah terdedah kepada penyakit KANSER
  • Dioksin boleh membunuh....Jauhi diri anda dari ancaman ini.

BAGAIMANA DIOKSIN BOLEH MERESAP KE DALAM RAHIM?

Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Jika permukaan tuala wanita tersebut berlubang, maka gas toksin yang dibebaskan akan terus berhubung dengan kulit dan akhirnya menyebabkan jangkitan. Jika permukaan tuala wanita bertukar menggunakan kain kapas semulajadi, ia akan menyerap seg
ala gas toksin. Ia akan mengelakkan daripada masalah jangkitan,alahan, gatal atau ruam.

Darah haid mengalir dari eturus dan diserap oleh tuala wanita. Sejenis gas bertoksin yang dinamakan DIOKSIN akan terbebas melalui proses pemeluapan. DIOKSIN akan diserap ke dalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai di Ovari melalui tiup filopian.


Tanpa disedari toksin ini berkumpul di dalam rahim dan akhirnya mendatangkan pelbagai masalah kepada si pemakai seperti jangkitan kuman, cyst, fibroid rahim dan yang paling digeruni KANSER RAHIM.


BAHAYA ANCAMAN DIOKSIN
SEKIRANYA ANDA WANITA YANG BIJAK.. PASTI ANDA TIDAK AKAN BERFIKIR PANJANG UNTUK BERHENTI MENGGUNAKAN PAD YANG DIJUAL DI PASARAN...

ALTERNATIFNYA.. SAMADA ANDA MENGGUNAKAN KAIN SEPERTI IBU-IBU DAN NENEK KITA PADA ZAMAN DAHULU ATAUPUN BERTUKAR KEPADA
PAD HERBA FC BIO AVAIL BEAUTY.
 Pantiliner (RM10), Day Use (RM11), Night Use (RM12)

Dapatkan segera pad Herba yang berubat ini daripada saya :

Syahril 012-6574273